“Wlpn xtahu apa yg mereka gelakkan, aku tetap terhibur” – Netizen

Siapa saja tak mengenali geng-geng pengacara Sinar Fm, kalau anda pendengar setia Sinar, sudah pasti anda cukup mengenali dj-dj tersebut. Dah namanya pengacara, sudah semestinyalah kena sentiasa happy go lucky dan mempunyai mood yang sentiasa ceria dan periang, betul tak ? Barulah pendengar pun turut ceria.

Mereka semua ni jenis masuk air belaka, selalu saja ada lawak, kadang tu menda yang biasa pun akan jadi lawak, nak-nak pula sebab ada Jep dan Rahim, dua-dua tu pelawak terkenal, tengok muka pun lawak, inikan pula kalau mereka buat lawak.

Ada dimuat naik video mereka bersama-sama yang sedang lepak di sebuah kedai makan, biasanya dah siap makan mestilah lepak sekejap kan, nak bagi perut tu betul-betul lega, dah hadam baru sambung kan perjalanan.

Time diorang tengah lepak tu lah, ada moment yang sangat melucukan, di situ juga ada rakan artis yang lain cohtonhya Shah Slam, rasaya ramai juga yang cukup mengenali Shah Slam ni, mestilah ramai kenal kan.

Ketika mereka sedang borak tu, nampaknya macam rancak betul eh perbualan mereka ni, walaupun Jep memuat naik video yang ditukarkan audio kepada muzik lain, tak dengar langsung apa lawak yang sedang mereka lakukan tu.

Mula-mula tu tengok Rahim yang rancak borak, lepastu Jep dan kemudian Shah, sepanjang tengok diorang borak tu, tak henti-henti mulut masing-masing ketawa, entah apalah yang diborakkan nya tu, lucu sangat ke ?

Kenapalah Jep tukar audio asal tu kan, kita ni nak tahu juga apa yang lawak sangat tu sampai diorang gelak macam gitu gaya. Sampai hati tak bagi kita dengar lawak diorangm tengok reaksi muka jelah ye kita semua ni.

Bak kata mereka, ni tengah buat segmen teka lawak ke ? mana taknya macam sengaja je nak suruh kita teka lawak diorang. Bak kata netizen ni, nak baca gerak mulut diorang pun tak dapat, kelakar betul lah. Nak tahu juga apa yang sangat tu.

Tapi, memang tak dapat dinafikan bahawa kalau duduk setable dengan member-member yang lawak, memang tak kering gusi lah dibuatnya ye. Ada saja itu ini, yang melucukan dan mencuit hati sesame sendiri.

Sumber : Ig Jepsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!