“Bergula-gula sweet”- Netizen

Tiap kali tibanya ulang tahun sempena anniversary pernikahan, sudah semestinya para pasangan suami isteri berasa sangat seronok dan teruja untuk menyambutnya. Biarpun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, dan sudah bercucu-cicit, tetapi tidak pernah untuk tinggal celebrate ulang tahun tersebut. Betul tak  ? Sweet betul.

Yelah, bukannya setiap hari kan, iainya diraikan sempena simbolik untuk menghargai pasangan dan antara suami dan juga isteri. Setelah berpuluh tahun bersama, haruslah menghargai antara satu sama lain. Takkan lah tak sayang pasangan kan.

Time ni lah, nak pergi honeymoon nya, nak buat party dan sebagainya. Kadang tu pergi honey moon sampai ke luar negara dan tinngalkan anak-anak tau. Haa, punyalah excited nak raikan pasangan kan. Kejap je vacay nya.

Kalau busy atau taka da simpanan untuk ke luar negara, boleh saja pergi sana makan angin dalam negara atau nak lagi mudah, boleh celebrate di rumah dan beli hadiah dan kek saja, semua ada caranya yang tersendiri kan.

Baru-baru ini, pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza baru saja menyambut anniversary perkahwinan mereka buat yang k-11 tahun.Pejam celik pejam celik dah 11 tahun je pasangan ni, tapi tetap lah sweet dan romantic.

Dan, mereka juga telah dikurniakan cahaya mata hasil dari perkahwinan mereka. Comel-comel belaka, ikut muka mummy dan daddy nya lah, yang bongsu tu banyak betul mulut nya,geram betul dengan celoteh dia.

Dah nama pun anniversary, mereka tak lepaskan peluang untuk pergi honey moon di sebuah resort. Ada dimuat naik video Memey dan Norman yang ingin pergi makan angin tu, bermulalah dari mereka naik kereta, sampailah ke destinasi mereka.

Mak aih, dari awal sampai akhir, sweet dan bersemut bak kata netizen. Kita yang tengok ni saja pun boleh rasa aura kebahagian mereka. Suka sangat tengok pasangan tersebut. Bak kata Memey, anak-anak kena tinggal sekejap lah ye.

Justeru, semoga ikatan rumah tannga setiap pasangan suami isteri semuanya dalam keadaan bahagia dan harmoni. Semoga rumah tangga ini kekal bahagia hinnga ke akhir hayat, dan direzekikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh serta solehah.

Sumber : Ig Memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!