“Hang tgu lah, nnti buat gini hang 17 tahun, boyfren hang tu kena b0mm ngn pak hang” – Che Ta

Sebagai ibu bapa kita pasti akan selalu mengikuti perkembangan setiap seorang anak-anak kita. Dari kecil sampai besar kita akan nampak mereka akan semakin bijak dan semakin boleh diharap. Bukan itu sahaja, kita boleh nampak pekembangan mereka dari segi pelajaran juga semakin fokus. Sebab itulah kehadiran kita sebagai ibubapa sangat penting dalam tumbesaran mereka.

Siapa tidak asing lagi dengan anak perempuan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang pada tahun ini sudah mencecah 7 tahun. Anak dara Rozita Che Wan ini dilihat semakin cantik dan comel saban hari.

Aaisyah sekarang sering dilihat sebagai seorang anak yang sudah petah berkata-kata. Bukan itu sahaja, anak kecil molek ini sudah nampak sudah punyai bakat berlakon dan pandai bergaya seperti ibunya.

Baru-baru ini, di laman ig Aaisyah, ibunya berkongsi satu video dimana Aaisyah mengambil seluar tidur ibunya dan gayakan seluar itu seperti baju ala-ala ‘dress

Dilihat di dalam video tersebut, Rozita Che Wan seloroh bersama anaknya dengan berkata gaya anaknya itu seperti orang hendak ke disco. Anaknya pula menyetujui ibunya itu dan berkata memang mahu ke disco dan sedang menunggu teman lelaki mengambilnya.

Rozita menepik kata-kata anknya itu dengan berkata jika buat perangai begini apabila sudah 17 tahun nanti, pasti ayahnya akan ‘b0mm’ bakal teman lelakinya itu.

Netizen sangat terhibur dengan keletah dua beranak itu termasuklah rakan-rakan artis Rozita Che Wan. Ada juga netizen yang mengatakan Aaisyah bakal menjadi pereka fesyen kerana pandai menggayakan pelbagai gaya ketika tempoh PKP ini.

Kadang kala, minat kanak-kanak ini kita boleh lihat dari kecil lagi. Seperti Aaisyah juga, mungkin juga beliau akan jadi seperti ibu dan ayahnya atau mungkin juga jadi seorang pereka fesyen.

Siapa tahu rezeki masing-masing. Cuma kita sebagai ibu bapa sebaiknya memantau dan mendorong anak-anak kita ke arah yg baik untuk masa depan mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!