“Cara dia respon Hanis Zalikha sgtlah sopan. Pandai susun kata mcm abang dia” – Netizen

Sudah lumrah menjadi anak kepada mana-mana selebriti di Malaysia pasti akan sentiasa mendapat perhatian dari warganet. Dibesarkan dengan suasana dan sekeliling yang berbeza dari kanak-kanak lain, ramai diantara anak-anak selebriti ni dilahirkan bukan saja comel tetapi sangat bijak dalam berkata-berkata. Sama juga seperti yang dialami oleh kedua-dua anak kepada pelakon hebat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini.

Pasangan selebriti ini sebelumnya pernah menjadi perbualan hangat kerana kejutan yang dibuat oleh Hairul Azreen untuk melamar Hanis Zalika itu telah mengejutkan ramai pihak termasuk Hanis yang tidak mengetahui perkara tersebut. Keberanian Hairul mengungkapkan cinta dan melamar Hanis dalam program siaran langsung Gegar Vaganza telah berjaya mengikat hubungan mereka berdua dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2015.

Mereka akhirnya telah dikurniakan putera sulung yang Bernama Yusuf Iskandar pada tahun 2016 yang memang terkenal dengan sikap sopan dan kebijaksanaanya.

Pada tahun 2019 pula, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua iaitu Alisa Aisyah yang sikapnya memang tidak lari dengan abangnya.

Satu video comel yang dimuatnaik di laman Instagram milik Aisyah sendiri dan juga Hairul itu telah berjaya mencuri perhatian ramai netizen dan para artis yang geram melihat telatahnya itu.

Telatahnya berinteraksi bersama ibunya itu dikatakan sangat sopan apabila diajukan soalan oleh Hanis Zalikha.

Bukan itu sahaja, ramai diantara mereka juga turut menegur reaksi muka Alisa yang penuh bergaya ketika menjawab soalan Hanis Zalikha. Walaupun baru berusia lebih kurang dua tahun, Alisa dilihat sangat petah bercakap dan fasih berbahasa Inggeris.

Video itu turut dikomen oleh para artis seperti Fazura dan Umie Aida yang masing-masing memuji telatah Alisa sebagai kanak-kanak yang sangat bijak dan pandai.

Pasti ramai yang sudah maklum hasil didikan Hanis Zalikha terhadap kedua-dua anaknya itu sangat bagus dan dipuji oleh para netizen kerana Yusuf dan Alisa dilihat sangat menjaga tutur kata dan sopan.

Cara dia mendidik kedua-dua anaknya ini sering dikongsi bersama orang ramai di Instagram miliknya dan mendapat banyak komen positif.

Semoga Yusuf dan Alisa kedua-duanya dapat membesar menjadi kanak-kanak yang lebih bijak dan mendengar kata kedua ibu bapa.

Sumber: Instagram Hairul Azreen dan Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!