“Tak boleh buat bini ni, minum sambil berjalan dan kain tak cukup benang”- Netizen

Tatkala bergelar seorang selebriti, sudah tentu menjadi perhatian ramai netizen setiap kali memuatnaik posting di laman sosial media. Apa sahaja yang dikongsi oleh selebriti Malaysia, pasti akan menjadi topik perbualan netizen di mana sahaja mereka berada. Tidak terkecuali, pelakon Intan Najuwa yang kini sedang melonjak naik popularitinya menerusi drama melayu tempata telah menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini.

Posting video yang dikongsi Intan Najuwa dilihat minum sambil berjalan itu telah menerima kritikan daripada netizen. Malah, pakaian Intan yang menampakkan bahagian kaki juga ditegur.

Walau bagaimanapun, salah satu komen netizen telah menarik perhatian pelakon berusia 24 tahun itu apabila netizen tersebut dengan sengaja menulis komen:

Intan Najuwa dengan spontan membalas komen netizen berkenaan sehingga menjadi perhatian netizen lain.

Walaupun Intan menerima kecaman daripada sebahagian netizen, pujian daripada peminat-peminatnya memenuhi ruangan komen memuji pelakon kesayangan mereka yang sentiasa cantik dan bergaya itu.

“Cantiknya Intan, bergaya giila and stail habis”- Netizen

“Dah boleh berlakon dekat Korea ni, muka pun dh saing saing pelakon korea”- Netizen

Sebelum ini, Intan pernah bertunang bersama salah seorang usahawan. Namun berpisah pada Februari tahun lalu.

Intan juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kontroversi hubungan mesra dengan pelakon Zul Ariffin sehingga menyebabkan hubungannya bersama bekas tunang terpisah. Namun Intan menafikan dakwaan tersebut dan masih mempunyai hubungan yang baik bersama bekas tunangnya.

Sumber: instagram Intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!