“Elok fokus kt Jebat. Marka2 ni lambung tepi sat dlu, nk cari tu cari org biasa tp cantik” – Netizen

Selain daripada berlakon dan sibuk menguruskan perniagaan, Sharnaaz telah melangkah setapak lagi sebagai seorang youtuber dan membuat ulasan mengenai makanan-makanan yang dicadangkan oleh para peminat di saluran youtube beliau iaitu Sharnaaz Ahmad TV. Jika dilihat di ruangan komen di saluran youtube beliau, rata-rata peminat menyukai ulasan makanan yang dilakukan oleh Sharnaaz kerana pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta itu sangat jujur dan tidak hipokrit ketika membuat ulasan.

Bagaimanapun ulasan makanan yang dibuat oleh Sharnaaz itu adalah lebih kepada selera dan citarasanya sendiri terhadap makanan. Setiap orang juga mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai. Ada yang bersetuju namun tidak kurang yang mengkritik cara Sharnaaz mengendalikan ulasan berkenaan.

Sebagai seorang bapa tunggal, kasih sayang beliau yang begitu mendalam terhadap anaknya Jebat Jayden membuatkan beliau berusaha keras demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu.

Menjengah keruangan instagram beliau, Sharnaaz sering memuatnaik aktiviti dan telatah anak kesayangan itu bersama para peminat membuatkan para peminat merasa geram dan terhibur dengan gelagat Jebat.

Bersempena hari bapa yang di sambut pada hari ini, Sharnaaz telah memuatnaik beberapa keping gambar anaknya Jebat yang sedang memegang sekeping kadbod yang tertera ucapan Happy Father’s Day kepada dirinya.

Menerusi muatnaik itu juga Sharnaaz turut mendedikasikan ucapan selamat hari bapa buat semua golongan yang bergelar bapa.

Bagaimanapun kongsi Sharnaaz lagi dek kerana terlalu gembira, beliau tidak sedar berlaku kesilapan pada tarikh yang tertulis pada kadbod tersebut.

Sepatutnya bertarikh bulan Jun namun apa yang ditulis adalah bulan Julai. Lebih mencuit hati apabila ada netizen yang mengusik Sharnaaz dengan tarikh berkenaan.

Para peminat tidak ketinggalan mengalkan ucapan selamat hari bapa kepada Sharnaaz. Walaupun Sharnaaz masih belum mempunyai pengganti setelah berpisah dengan bekas isterinya tahun lalu, namun peminat berpendapat agar Sharnaaz memberikan perhatian beliau sepenuhnya kepada pembesaran anaknya Jebat terlebih dahulu berbanding mencari teman hidup.

Pada pandangan netizen, adalah lebih elok sekiranya Sharnaaz mencari wanita daripada golongan bukan selebriti dan wanita yang biasa namun tetap mempunyai kecantikan tersendiri. Berikut dikongsikan komen netizen berkenaan.

Perjalanan kehidupan kita sudah ditentukan oleh yang maha esa. Tiada siapa yang mahu melalui kegagalan kehidupan berumahtangga. Namun begitu mungkin sudah ditakdirkan jodoh Sharnaaz sebelum ini tidak panjang.

Bagaimanapun terpulang kepada empunya diri untuk mencari pengganti yang serasi dengan beliau. Selamat Hari Bapa diucapkan buat Sharnaaz dan semoga gembira selalu bersama Jebat.

Sumber : ig sharnaaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!