“Tengah cuci anak ayam macam cuci kereta”- Dato Fazley

Tidak dapat dinafikan ikatan kekeluargaan ini sangat penting bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. Kita haruslah sentiasa memastikan keluarga kita sentiasa happy dan berapa dalam suasana yang harmoni. Banyak cara yang boleh kita praktik dan cuba untuk memastikan kebahagiaan terjamin. Tak kisah lah macam mana pun, tapi semuanya penting.

Dan, sudah semestinya tidak perlu untuk meghabiskan ribuan ringgit, kadang kebahagiaan datang secara semula jadi dan tanpa perlu mengeluarkan wang ringgit pun. Semua orang mempunyai cara nya yang tersendiri.

Salah satu keluarga terbaik contoh yang sangat disukai adalah keluarga Dato Fazley, kalau korang selalu tengok video beliau dengan keluarganya, sudah pasti korang cukup tahu bagaiamana beliau melayani ahli keluarganya.

Dato Fazley merupakan seorang bapa yang sangat penyanyang kepada anak-anaknya. Semua ibu bapa sudah pastu menyanyangi anak-anak mereka, takda ibu bapa yang tak sayang dekat anak-anak mereka kan.

Begitu juga dengan Dato Fazley, sering kali beliau memuat naik dengan anak-anak nya tau. Banyak sangat karenah anak nya sorang sorang, yang paling best, beliau memang jenis sangat melayani minat anak-anak kesayangan nya tu.

Kalini, ada dimuat naik video beliau dengan anak-anaknya yang sesudah selesai melakukan aktiviti, biasalah bila dah dengan anak-anak remaja, entah main apa, sudah pasti baju akan kotor, siap berlumpur tak tahan nya.

Kalau baju dah berlumpur, memang kena cuci lah segala kotoran tu sebelum masuk rumah. Nanti mak marah nak, lebih-lebih pula, time nak basuh baju dalam mesin, terpaksa kena asingkan baju yang berlumpur dan tidak.

Lain pula bagi Dato Fazley, beliau siap sembur anak-anak dengan air dekat luar rumah. Bak katanya, sembur anak macam sembur cuci kereta. Bukan apa, boleh tahan berlumpur juga tengok anak-anaknya tu. Main apa lah sampai macamtu.

Justeru, secara tak langsung, gelagat dan telatah mereka tersebut, sedikit demi sedikit telah membuka mata kita semua bahawa untuk menjamin ikatan keluarga bahagia itu, cukup dengan cara sederhan pun mampu tau.

Sumber : Ig Fazleyyaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!