“Thor pencen ni, best ye tgk diorg bekerja. Happy2 je” – Netizen

Hari ini Sinar FM membuat challenge untuk para penyampai radio memakai pakaian yang melambangkan sesuatu tema, terlihat Jep dan Siti Elizad memakai pakaian yang biasa sahaja tapi tidak disangka dengan kehadiran Rahim memakai pakaian ala hero dan adiwira, adiwira tersebut adalah Thor, difikirkan Jep yang akan membuat huru-hara di pagi hari ini tetapi tidak disangka Rahim telah mendahuluinya.

Sebenarnya sikap Rahim sendiri memang sudah aslinya adalah seorang pelawak. Dan jiwanya pun seorang yang suka melawak tanpa perlu berkata kata, beliau pun boleh melawak dengan hanya membuat mimik muka sahaja.

Ramailah yang ketawa terbahak-bahak sehinggakan Jep dan juga Siti Elizad pun ketawa dan mengakui Rahim akan menang dengan melihat pakaian yang dipakaikan oleh Rahim kerana mereka tidak menyangka yang ke bahawa Rahim akan memakai pakaian Adiwira tersebut.

Seronoknya melihat keakraban mereka malah pasti setiap kali untuk datang kerja mereka akan mempunyai semangat yang baharu apabila pihak atasan membuat aktiviti sedemikian. Jadi tidak sunyi dan tidak hanya fokus kepada kerja sahaja.

Seronok dan terhibur melihat mereka,  Rahim pun bukan main lagi pandai dan bijak untuk menyertai content tersebut, meskipun Siti Elizad memakai baju kurung moden ataupun baju yang bersahaja tetapi beliau tetap nampak cantik dan manis sekali.

Sebelum ini jika Jep Sepahtu yang sentiasa menang tetapi kali ini pastinya sudah diketahui umum bahawa sudah tentu Rahim yang menguasai content tersebut. Ini kerana tidak terfikir pakaian adiwira dijadikan pakaian untuk pagi ini.

Bukan sahaja menghiburkan malah ramailah peminatnya mengatakan bahawa sebenarnya Rahim mempunyai fikiran dan pandangan yang sangat unik serta kreatif malah beliau boleh menjadi ketua di dalam setiap kumpulan pertandingan tetapi mungkin Rahim merendah diri dan sikap bersahaja.

Itulah yang membuatkan Rahim kekal dikelilingi orang-orang yang baik hati semuanya malah Rahim juga mempunyai ramai kawan-kawan yang baik kerana diri Rahim sendiri sikap yang baik dicontohi. Lihatlah komen-komen mereka yang terhibur dengan Thor yang pencen ini.

Kesian betul yang si mentang-mentanglah sudah berusia dikatakan tomyang pencen pula tapi apa-apa pun memang dia menghiburkan.

Sumber: ig sinar.my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!