“Akhirnya dpt tengok Afwa senyum” – Netizen

Penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama panggilan Tokti telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi lelaki sekitar bulan ramadhan yang lalu. Menurut Tokti nama yang diberikan untuk anak keduanya itu merupakan kesinambungan doa yang beliau ambil sewaktu memberikan nama untuk anak pertamanya Siti Aafiyah dahulu.

Oleh itu Tokti dan suaminya Datuk Khalid sepakat untuk memberikan nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Nama Tokti juga kembali menjadi sebutan apabila beliau berkongsi gambar terbaru yang menunjukkan penampilannya dimana terlihat sangat kur0s dan ramping setelah melahirkan anak keduanya Afwa.

Tokti sudahpun selesai menjalani tempoh berpantang namun masih mengekalkan pemakanan yang sihat dan rutin bersauna dirumahnya.

Menerusi instagram yang diwujudkan oleh peminat Tokti atas nama babyctdk, sebuah video yang diambil daripada instagram story Tokti telah dikongsikan kembali buat tatapan para peminatnya yang lain.

Kelihatan di dalam video Tokti menyanyikan lagu hari jadi meraikan ulang tahun kelahiran anak lelakinya Afwa yang sudah genap 2 bulan.

Suara Tokti yang gemersik membuatkan Afwa yang ketika itu sudah hampir lena kembali tersenyum mendengarkan nyanyian dan ucapan penuh kasih sayang daripada ibunya.

Tidak lama kemudian, Aafiyah pula muncul apabila mendengarkan suara nyanyian ibunya dan kelihatan teruja untuk turut sama meraikan adiknya itu.

Senyuman Afwa yang amat jarang sekali dapat dirakamkan itu begitu menarik perhatian netizen. Rata-rata netizen berpendapat senyuman Afwa saling tak tumpah seperti senyuman ayahnya Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Wajah terkini Afwa juga menarik perhatian kerana dilihat semakin tembam dan comel. Berikut dikongsikan komen netizen.

Siapa sahaja yang tak gembira mendengar nyanyian lunak dan merdu daripada Tokti. Sesiapa jua pasti akan mengukir senyuman.

Apatah lagi nyanyian tersebut daripada ibu sendiri yang merupakan penyanyi nombor satu Negara. Ada yang kata wajah Afwa iras Tokti tapi bila Afwa senyum kelihatan lebih iras Datuk Khalid pula.

Sumber : ig babyctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!