“Beruntung sis. Tak semua suami nak buat kerja rumah sambil buat lawak” – Anzalna

Pasti seronok kan jika hubungan suami isteri sentiasa mesra dan dapat bertolak-ansur dalam melakukan kerja-kerja di rumah. Seperti pasangan selebriti yang satu ini, mereka berdua sentiasa berkongsi keakraban hubungan mereka sesama keluarga yang sentiasa bersama. Siapa lagi kalau bukan keluarga dari pelawak terkenal negara kita iaitu Johan dan isterinya 0zlyn Wati.

Bukan sahaja menjalankan tugas sebagai seorang isteri di rumah, 0zlyn juga bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi suaminya yg mengaturkan segala jadual kerja bagi pihak Johan.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan kini telah dikurnikan lima orang cahaya mata yang bernama Ahmad Ariq, Ahmad Haziq, Ahmad Sodiq, Latifah Chantiq dan Latifah Moleiq.

Dari perkongsian video lawak Johan yang sedang mencuci pinggan itu telah dibuat oleh Ozlyn di laman Instagram miliknya.

Video tersebut telah dimuatnaik oleh Ozlyn bagi mengucapkan selamat hari bapa kepada suaminya itu dan mendoakan Johan kerana selama ini sudah bertungkus lumus membuat kerja rumah termasuk mencuci pinggan, mengemop, vakum dan memandikan anak-anak.

Apa yang menarik perhatian orang ramai, walaupun Johan dilihat sedang mencuci pinggan pada video tersebut tetapi dia masih boleh membuat lawak dan ketawa bersama Ozlyn tanpa merungut. Video yg dimuatnaik itu telah menarik minat ramai orang untuk mngalkan komen.

Tetapi komen yang dibuat oleh rakan artis iaitu Anzalna Nasir telah mencuri tumpuan apabila dia mengatakan bahawa Ozlyn sangat beruntung memiliki Johan sebagai suaminya.

Dia juga mengatakan bahawa tak semua suami mahu membuat kerja rumah sambil buat lawak kerana pasti ada diantara mereka yang akan merungut.

Keadaan dapur milik keluarga ini juga dipuji dan dianggap sebagai rendah diri kerana walaupun mereka terdiri dari kalangan artis yang mampu membuat dapur mewah seperti artis lain, tetapi mereka tetap dengan kesederhanaan.

Video yang dikongsikan ini wajar dijadikan contoh untuk suami-suami diluar sana yang boleh menjadikan Johan sebagai mentor untuk membantu isteri di rumah.

Seronok tengok keluarga Johan dan Ozlyn yang sentiasa menghiburkan ni. Semoga keluarga milik pasangan ini akan sentiasa bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: Instagram Jozlynn

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!