“Lucky me dpt suami reti masak briyani mamak, nak msk sendiri tak reti” – Raja Ilya

Dalam kehidupan suami isteri, adalah sangat penting menggunakan kelebihan yang kita ada untuk kebahagiaan bersama. Contohnya apabila salah seorang pandai memasak, kita luangkan masa untuk masakkan pasangan kita sesuatu yang istimewa untuk gembirakannya. Tidak salah untuk meletakkan senyuman pada pasangan kita. Malahan kita akan peroleh pahala dari kebaikan yang kita lakukan.

Kita pasti mengenali pelakon tempatan kita, Raja Ilya yang sudah mendirikan rumahtangga bersama seorang ahli perniagaan warga Australia sejak tahun 2018. Beliau selalu kongsikan keeratan hubungan mereka di dalam sosial media.

Walaupun Raja Ilya dan suami menetap di Australia namun mereka berdua merindui Malaysia dan makanan-makanan dlm Malaysia. Baru-baru ini, Raja Ilya berkongsi sebuah video dimana suami sedang memasak makanan istimewa iaitu Nasi Briyani.

Dilihat di dalam video tersebut, suami Raja Ilya tidak kekok memasak makanan Mamak walaupun beliau adalah warganegara Australia.

Raja Ilya juga tidak menafikan suaminya itu pandai memasak makanan yang beliau tidak reti untuk membuatnya dan beliau merasa beruntung mempunyai suami yang pandai memasak.

Netizen sangat memuji kepandaian suami Raja Ilya dalam memasak makanan yang rumit seperti Nasi Briyani. Ada juga yang tidak menyangka suami Raja Ilya pandai memasak Briyani dan Raja Ilya mengiyakan dan mengatakan masakan suaminya sangat sedap.

Para suami seharusnya mencontohi suami Raja Ilya kerana memasak ini adalah bakat yang boleh diasah. Namun, ada banyak lagi cara lain untuk bahagiakan isteri.

Isteri tidaklah meminta emas atau wang, sekadar memahami dan tidak menyakiti hati juga sudah memadai untuk isteri bahagia.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!