“Mcm nenek2 nyanyi kat cucu. Nenek educated” – Netizen

Kerjaya lakonan dan peragaan yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana PKP digunakan sebaiknya oleh Fazura untuk meluangkan masa dengan buah hatinya Nur Fatima Aisya. Kehadiran puteri sulung mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu menjadi penyeri buat pasangan Fazura dan Fattah Amin. Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan rumahtangga dan kehidupan mereka berdua apabila dikurniakan cahaya mata pertama itu.

Fazura juga turut menceburi bidang perniagaan penjagaan kulit dan kosmetik dengan mengeluarkan produk Fazura Skincare sejak tahun lalu.

Baru-baru ini Fazura telah muncul dalam program motivasi secara online yang dianjurkan oleh Prof Muhaya. Menerusi program berkenaan Fazura telah berkongsi pengalaman dan cara beliau mengatasi isu dan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan beliau.

Perkongsian dan kata-kata Fazura cukup memberikan inspirasi dan memberikan semangat kepada para peminat beliau serta peserta yang mengikuti program yang dianjurkan oleh Prof Muhaya tersebut.

Semasa sesi secara online tersebut berlangsung Fatima juga tidak ketinggalan membuat kemunculan apabila Fazura mendukung anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Menariknya Prof Muhaya secara spontan bersenandung menyanyi sambil mendoakan anak kecil itu agar membesar menjadi seorang mslimah yang beriman dan bertakwa.

Kehidupan keluarga pasangan Fazura dan Fattah Amin yang sangat sederhana dan tidak terlalu menonjol juga sangat dikagumi oleh para peminat mereka.

Nyanyian oleh Prof Muhaya itu mengingatkan cara seorang nenek melayan cucunya. Rata-rata peminat Fazura juga memuji kejelitaan wajah pelakon Piisau Cukur itu yang kelihatan begitu menyerlah apabila mengenakan tudung semasa program berkenaan. Berikut dikongsikan komen para peminat mengenai video tersebut.

Personaliti pelakon tersebut yang sangat mesra dan sepi dari sebarang kontroversi membuatkan para peminat sentiasa menjadikan beliau sebagai inspirasi.

Fazura juga sebelum ini pernah meminta agar para peminat terus mendoakan beliau semoga istiqamah bertudung. Semoga ibu Fatima dan isteri kepada Fattah Amin ini akan terbuka hati untuk kekal mengenakan hijab suatu hari nanti.

Sumber : ig fattzurakasih_sayang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!