“Mak saya dari awal GV mlm td smpai kesudah dok puji pakaian dan makeup Jihan” – Netizen

Sudah menjadi tanggungjawab jika bergelar seorang artis, menjaga penampilan diri adalah perkara yang sangat penting agar selalu tampil sempurna di khalayak ramai. Bukan sahaja itu, para artis ini juga pasti akan pening jika memikirkan pakaian yang harus dikenakan setiap kali hendak menjalankan tugas seperti menyanyi, mengacara serta berlakon. Baju yang dipilih juga bukan sebarang baju, jika tak kena dek pandangan netizen pasti akan mendapat kecaman dan cemuhan.

Menerima tanggungjawab besar bagi mengacarakan rancangan realiti bertajuk Gegar Vaganza yang disiarkan di Astro Ria, ternyata bukan gelagat lucu dari Jihan Muse dan Nabil Ahmad sahaja yang menjadi tumpuan. Pakaian yang dikenakan oleh pengacara Jihan Muse turut menjadi sorotan para peminat dan netizen pada setiap minggu rancangan ini disiarkan.

Variasi berbeza dari musim-musim sebelumnya, Gegar Vaganza musim kelapan ini telah disiarkan mengikut norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan jumlah penonton yang hadir. Walaupun begitu, rancangan tersebut masih terlihat meriah dan seronok disertai dengan barisan peserta hebat seperti Awera, Aliff Aziz, Adibah Noor dan ramai lagi.

Jihan Muse yang mempunyai dar4h campuran Jawa, Riau, Minang dan Bugis ini telah mula menempa namanya menjadi salah seorang peserta pertandingan realiti Raja Lawak musim ketiga sebelum terkenal seperti sekarang. Walaupun sebelumnya bakat diri tidak berapa diterima, tetapi berkat usaha gigih Jihan dia akhirnya berjaya meletakkan diri ke tempat kedua.

Masih mengekalkan gandingan dua pengacara hebat yang sama, pasti ramai yang sudah tahu dengan kehebatan Jihan Muse dan Nabil Ahmad yang sememangnya lucu dan bersahaja dalam pengacaraan.

Bukan persembahan setiap minggu dari perserta sahaja yang menjadi perhatian, pakaian cantik yang dikenakan oleh Jihan Muse juga telah mendapat pujian yang melambung dari para peminat dan netizen.

Memilih baju berona merah yang memukau pada minggu ke tujuh rancangan Gegar Vaganza, Jihan telah dipuji cantik oleh ramai orang sehingga dikatakan menyerupai wanita yang berasal dari negara Turki. Bukan itu sahaja, Jihan juga dikatakan lebih cantik dan ramping dari sebelumnya.

Mengenakan tudung bercorak yang digabungkan bersama pakaian merahnya, ada yang mengatakan bahawa tudung yang dipakai oleh Jihan pada malam itu adalah tajaan jenama Zainun yang merupakan usaha perniagaan Zira Ayub iaitu isteri kepada Nabil Ahmad.

Kalau orang dah cantik macam Jihan, pakai apa pun pasti cantik kan. Lebih bersemangatlah penonton-penonton Gegar Vaganza lepas ni lepas tengok pakaian pengacara yang cantik-cantik belaka.

Sumber: Instagaram Jihan Muse

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!