“Tu dia mak tiri naik stage jadi kelas vokal terus” – Netizen

Konsert Gegarvaganza minggu ketujuh telahpun melabuhkan tirai malam tadi. Rancangan gegarvaganza musim ke lapan ini akan bersiaran selama 10 minggu dan minggu hadapan sudahpun memasuki minggu  suku akhir buat para peserta. Rancangan yang mula bersiaran pada 21 November itu bersiaran setiap hari ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 9 malam.

Terdahulu, program Gegarvaganza sebelum ini telahpun menobatkan beberapa barisan artis bergelar juara. Bermula daripada musim pertama iaitu Ayai Ilusi ( GV1 ), Siti Nordiana (GV2), Azharina(GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5),Naqiu & Hady Mirza (GV6) serta Cliff Umar (GV7).

Saban tahun program hiburan Gegarvaganza sentiasa menjadi di antara program hiburan yang di tunggu – tunggu oleh para peminat. Program hiburan Gegarvaganza ini merupakan salah satu program hiburan terbitan astro yang memberikan peluang semula kepada artis- artis yang telah lama menyepikan diri daripada dunia hiburan untuk kembali mencipta nama dalam industri muzik tanah air.

Program Gegarvaganza masih lagi mengekalkan format penjurian asal di mana persembahan para peserta yang bertanding akan di adili sepenuhnya oleh barisan juri professional.

Sepertimana tahun yang sebelumnya, barisan juri kali ini masih lagi mengekalkan Maestro tersohor negara ini iaitu Datuk Ramli MS. Di samping Datuk Ramli, gegarvaganza musim ke lapan ini akan di serikan dengan kehadiran Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syarinaz Selamat sebagai juri tetap.

Malam semalam telah berlangsungnya konsert minggu ke tujuh Gegarvaganza. Menerusi Instagram rasmi rancangan berkenaan, iaitu Gegarvaganza Official, beberapa sedutan video dan gambar para peserta yang bertanding malam tadi telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Di dalam konsert yang berlangsung malam tadi, semasa sesi Bonda Hetty memberikan penjurian dan komen buat Adibah Noor, menariknya Bonda Hetty turut mengajar dan menegur kesalahan para peserta. Dua orang peserta yang membawakan lagu Bonda Hetty malam tadi ialah Adibah Noor dan Nikki Palikat.

Bonda Hetty yang begitu bersemangat dan teruja untuk memberikan komen buat Adibah Noor turut naik ke atas pentas dan serta mengajak bersama Nikki Palikat yang turut membawakan lagu nyanyian asal beliau untuk diberikan komen.

Bonda juga turut mengajar kedua – dua peserta tersebut di atas pentas malahan meminta para pemuzik supaya mengiringi nyanyian beliau ketika mengajar kedua- dua peserta berkenaan.

Sikap Bonda Hetty yang sangat teruja serta bersemangat semasa memberikan komen dan mengajar para peserta menarik perhatian para peminat progam hiburan berkenaan untuk memberikan reaksi mereka di ruangan komen.

Ada yang menyokong tindakan Bonda Hetty atas tiket untuk mengajar dan memberikan ilmu buat para peserta serta penonton. Namun di sebalik niat murni Bonda Hetty untuk menurunkan ilmu dan mengajar, ada juga yang berpandangan bahawa Bonda Hetty agak keterlaluan seolah- olah beliau berada di konsert beliau sendiri.

Menjengah ke ruangan komen pelbagai komen positiif dan negatif telah di tinggalkan oleh warganet. Berikut pula dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat program hiburan tersebut di ruangan komen.

“Terbaik.. Aku tak faham…ni bukan vocal class…ni bukan gebrek…ni nak tunjuk sk1ll. We all noe Aweera can tarik high note, kau je yg tak tau. Suruh nyanyi lagu Search tapi dia ygvmelebih2.

Kata suruh peserta modify lagu. Just because kau tak berkenan dgn cara dia modify lagu kau, airtime semua kau sapu. Every single week, makin 0ver…memang mengajar but agak2lah…sampai naik stage. This is not a tribute concert for her…” – Netizen

“i agree with u ..too much la…spa perasaan peserta lain…seolah² yg lain x layak ke masuk GV…so masuk peserta fav jer la..kesian gak tgk muka bandi smlm…mcm bdk thn 1 kena mrah ngan cikgu… sepatutnya x perlu dok ajar vokal smpi naik stage” – Netizen

“Best episode. Kata sekmen “MENURUT BONDA”.. So biar kan ajelah. Production team sume okey je. Best closing. Chill la.. Yg komen negaatif tu, takya la 0ver sgt. Shes a good investment. Daripada time DSV & Dato AS. Dorg lagi over.”- Netizen

Di fahamkan bakal Juara program Gegarvaganza musim kelapan ini akan membawa pulang wang tunai yang bernilai sebanyak RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.

Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

Sumber: ig gegarvaganzaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!