“Ni ke yang org kata g4jah duduk” – Netizen

Jika sebut sahaja penjagaan anak dalam kehidupan seharian, pasti tugas ini berkait rapat dengan tugasan seorang ibu di rumah. Tetapi bukan bermakna tugas menjaga anak ini harus diberikan bulat-bulat kepada ibu tanpa dihiraukan oleh seorang ayah. Kan lebih bagus dan harmoni sesebuah hubungan kekeluargaan itu jika semua tugasan di rumah dapat dibahagikan sama rata tidak kira suami mahupun isteri.

Nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu ini dipuji ramai kerana ternyata dia merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab ketika berada di rumah. Mula terkenal sejak menyertai pertandingan realiti televisyen Raja Lawak bersama-sama Shuib di bawah nama kumpulan Sepahtu, kini kedua-duanya juga telah berjaya menyenaraikan diri dalam kalangan artis yang berjaya.

Kata ramai orang walaupun wajah tidak sekacak model majalah, jika mempunyai bakat melawak seperti Jep saja sudah cukup untuk menawan hati wanita. Ini terbukti apabila gemp4r pada tahun 2017, Jep telah berjaya menawan dan memiliki hati pelakon cantik Sari Yanti dan mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinannya bersama Sari Yanti kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang bernama Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Jika diluar bertugas sebagai artis kenamaan, tetapi berbeza pula bila sudah pulang ke rumah. Jep dilihat rajin membantu isterinya itu untuk menjaga anak-anak mereka.

Lucu dan terhibur apabila melihat foto terbaru dari Jep yang sedang menjaga anaknya tetapi dengan cara yang lain daripada biasa. Meletakkan anak di pangkuan kain pelikatnya, ada yang menyamakan posisi kedudukan Jep sebagai sebuah jenama kain pelikat yang terkenal iaitu G4jah Duduk.

Bukan foto Jep sahaja yang menghiburkan hati, malah komen-komen dari para peminat dan netizen yang ditinggalkan pada posting tersebut rata-rata juga sangat mencuit hati. Ada saja perkara yang hendak dibahankan oleh netizen kepada Jep ini.

Rakan dari Jep iaitu Fakhrul Unic turut memberikan komen bahawa itu hanyalah taktik dari Jep sahaja untuk mengambil hati isterinya dengan menjaga anak. Walhal, punya niat disebaliknya iaitu ingin bermain bola pula pada malam hari.

Kalau sudah ayah yang menjaga anak, memang macam-macam ragamnya dari sang ayah. Asalkan si anak selesa dan tidak menangis sudah memadai buat mereka.

Tetapi tahniah diucapkan untuk Jep, walaupun sudah penat bekerja seharian di luar tetapi tidak lupa untuk menjaga dan meluangkan masa bersama anak-anak dirumah. Sekaligus boleh sama membantu isteri.

Sumber: Instagram Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!