“Artis2 sebelum ni tak pakai tudung, skrg dh pakai tudung, ya Allah lebih lawa”- Netizen

Bermula dengan hanya memakai selendang, akhirnya pelakon Farah Nabilah kini tampil berhijab. Jika lihat pada profil Instagram pelakon drama Cik Reen dan Encik Ngok Ngek ini, beliau telah memadam foto-foto lama yang tidak bertudung dan hanya ada fotonya yang bertudung sahaja. Malah foto terbaru Farah juga memperlihatkan dirinya telah berhijab sepenuhnya.

Perkembangan terbaru Farah Nabilah atau mesra dengan panggilan Fawa ini telah membuatkan ramai netizen teruja. Foto terbaru Fawa menjadi perhatian ramai termasuklah rakan-rakan artis.

Selain Fawa, rakan baiknya iaitu Izara Aishah juga turut berhijab sepenuhnya. Tidak dapat disangkal lagi, dua sahabat baik ini bertambah cantik sejak memakai tudung.

Malah, Peminat-peminat Fawa turut mendoakan agar Fawa sentiasa istiqomah dalam menjalankan kewajipan untuk menutup aurat.

“MasyaAllah cantiknya Fawa, teringat dalam drama cik reen dan encik ngok ngek, cantik sangat Fawa bila pakai tudung”- Netizen

Ada juga salah seorang netizen memberi komen mengatakan ramai artis antaranya Kila Fairy, Nana Mahazan dan lain-lain yang sebelum ini tidak berhijab kini sudah berhijab malah lebih lawa.

Rakan artis seperti Fazura dan Anzalna turut mengglkn komen dgn memuji penampilan Farah Nabilah sekarang.

Dalam pada itu, foto berhijab Fawa telah menerima 77,000 tanda suka dan ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Alhamdulillah, kita ada lagi seorang artis yang dah mula berhijab. Semoga Fawa istiqomah ya dan kita doa yang baik-baik buat Fawa.

Sumber: Instagram farahnabila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!