“Macam nampak baby bump ke Kak Wawa” – Netizen

Kelahiran cahaya mata ibarat penyeri dan pengikat kasih sayang bagi pasangan suami isteri. Sungguh, hadirnya cahaya mata adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai. Begitu juga buat pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, tiga cahaya mata mereka adalah satu-satunya harta paling bermakna dan membahagiakan buat mereka. Malah comel semua cahaya mata Wawa dan Aeril.

Cahaya mata sulung Wawa dan Aeril iaitu Attar telah menyambut ulangtahun kelahiran baru-baru ini. Cepat masa berlalu, sehinggakan anak sulung Wawa dan Aeril sudah pun berusia 8 tahun.

Ulangtahun kelahiran Attar disambut dengan cukup sederhana dan meriah di samping keluarga tercinta. Perkongsian video ulangtahun kelahiran Attar dikongsi oleh Wawa Zainal menerusi Instagramnya.

Di sebalik kegembiraan menyambut ulangtahun anak sulung, kapsyen wawa menerusi posting video Attar itu telah menyentuh hati ramai netizen.

Wawa memberitahu, kehadiran Attar adalah penguat semangat buat Wawa dan Aeril. Attar jugalah antara sebab Wawa dan Aeril mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.

Wawa juga mendedahkan, kehidupannya bersama Aeril penuh dengan dugaan salah satunya ketiadaan duit ketika Attar baru dilahirkan. Betul lah kita selalu dengar kan, anak itu adalah pembawa rezeki dalam keluarga.

Selain itu, video yang dimuatnaik Wawa itu telah ditonton sekitar 300,000 tontonan dan menerima ucapan ulangtahun kelahiran buat attar menerusi ruangan komen. Netizen juga menzahirkan ucapan doa yang baik buat Attar.

Dalam masa yang sama, ramai netizen telah menyedari baby bump Wawa yang jelas kelihatan menerusi video tersebut. Namun sehingga kini, tiada pengumuman rasmi daripada Wawa dan Aeril.

Dah besar dah Attar, makin hansome sekarang. Nampaknya Attar bakal dapat adik lah ye lepas ni.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!