“Mak ni krg ajar lah mak, tak elok bg ibu mengandung terkeluar susu”- Ain Edruce

Populariti pelakon dan pengacara Ain Edruce tidak dinafikan semakin meningkat dengan gelagat spontannya. Sebut sahaja nama Ain Edruce, pasti ramai sudah tahu sikapnya yang cukup sempoi dan menghiburkan. Gandingannya bersama suami, Amirul Hafiz menerusi saluran youtube mereka membuatkan ramai netizen terhibur dengan gelagat suami isteri ini. Saluran Youtube Ain Edruce yang telah mencecah hampir 700,000 subscriber itu sentiasa berkongsi video bersama suaminya.

Penampilan Ain bersama suami sentiasa menjadi tumpuan ramai dan tontonan video di youtube pasti akan meningkat apabila Ain berganding bersama suaminya.

Terbaru, video Ain berganding bersama adiknya telah menjadi tumpuan baru buat netizen. Gelagat Ain dan adiknya, Edila Edruce cukup menghiburkan netizen apabila mereka berkongsi video reaksi wajah mereka menonton trailer 5 movie seram.

Lebih melucukan, ibu Ain edruce turut sama menemani mereka menonton trailer movie seram dan turut sama menyakat Ain dengan adiknya.

Reaksi spontan Ain apabila dikejutkan dengan gurauan ibunya bertambah lucu apabila sempat memberitahu ‘risau terkeluar susu’ apabila disakat ibunya. Ada-ada saja lawak Ain Edruce yang menghiburkan peminat-peminatnya.

Paparan Video yang dikongsi Ain telah ditonton sebanyak 160,000 tontonan menerusi laman Instagram manakala di laman youtube pula telah mencecah 16,000 tontonan dalam masa 24 jam.

“Hahahaha terkeluar susu, tak pernah tak lawak si Ain edruce ni hehe”-Netizen

Gelak sakan tengok gelagat Ain Edruce ni, boleh pula tersasul cakap gitu hehe.

Sumber: Instagram Ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!