“Lepas ni mesti ramai yang pakai comforter masuk mall”-Netizen

Unik dan Kreatif. Itulah ungkapan pertama netizen tatkala melihat penampilan busana penyanyi Aina Abdul di pentas Semi Final Anugerah Juara Lagu yang ke 36. Setiap kali melibatkn majlis anugerah atau acara karpet merah yang besar-besaran, Aina Abdul pasti menjadi tumpuan media dan netizen dengan pemakaiannya yang cukup berbeza dengan artis-artis lain.

Bukan setakat bersuara merdu je, Aina juga berani memakai busana yang boleh dikatakan agak ‘pelik’ hasil kreatif pereka fesyen tempatan.

Kali ini, Aina menjadi perhatian sekali lagi apabila mengenakan busana putih beserta comforter untuk persembahannya di Semi Final AJL baru-baru ini.

Siaap sangka, comforter pun boleh dipakai oleh Aina ketika membuat persembahan lagu Sepi yang telah berjaya ke final AJL36.

Meskipun penampilan Aina menjadi bualan hangat netizen, persembahan dan vokal yang mantap oleh Aina ketika mempersembahkan lagu yang dipertandingkan di Semi Final AJL tetap dipuji ramai netizen.

Sementara itu, Aina berkongsi gambar dirinya bersama comforter yang dipakai ketika persembahan lagu Sepi telah menerima banyak komen dari netizen.

Rata-rata netizen mengusik Aina menerusi ruangan komen dan tidak menafikan fesyen yang dikenakan pada Aina sememangnya tiada siapa mampu mengalahkannya.

Aina ni tak sah kalau tak unik fesyen dia.. Mesti cantik terletak je bila Aina pakai. Tahniah Aina dua lagu dapat masuk AJL36, tak sabar nak tengok persembahan mantap dari Aina Abdul.

Sumber: Instagram Ainaabdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!