“Comelnya dia bella”- Netizen

Kecomelan dan kecantikkan anak kecil ini dapat dilihat semasa kecil dan dari kecil lagi sudah diajar kemas dan cantik bergaya. Begitulah anak Bella, yang kecil bernama Ara Adreanna. Kecil molek juga sama mewarisi mama nya namun kecomelannya awal terserlah dengan senyuman yang menawan. Berbaju merah jambu pekat lagi menambah kecomelan beliau.

Dengan kapsyen “my lil cheeky princess”, memang benar bagai seorang puteri yang bertakhta dihati ramai orang yang melihat perkongsian gambar tersebut.

Pada yang memang meminati kanak-kanak pasti akan geram apabila gambar yang diperkongsikan oleh Bella ini dilihat.

Mana tidaknya, comel dan pandai membuat mimik muka. Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, sememangnya ibubapa Ara sudah asal cantik dan kacak.

Mendapat hampir 15 ribu sukaan, dan hampir 100 jumlah komen diberikan. Yang lebih comel ‘pokok kelapa’ di atas kepala tu.

Mereka mempunyai dua cahaya mata, baru sahaja selesai Umrah dan kini mungkin Alif sangat sibuk menerima lagu-lagu terbaru.

Jika memuat naik gambar kanak-kanak secomel Ara ni, apa akan diterima selain kata-kata pujian. Ramai yang memberikan komen-komen yang baik.

Semua yang memberikan komen tentang kecomelan Ara. Ada juga mengatakan umpama Suki Desu. Berikut adalah antara komen-komen mereka.

Mungkin suatu hari nanti mereka juga akn menjadi artis hiburan jikalau ibubapa mereka membenarkan.

Sumber: ig bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!