“Klu band ni buat concert confirm saya datang”-Netizen

Adakalanya ibu bapa seringkali memberi pendedahan dan berkongsi minat kepada anak mereka akan apa yang mereka minati. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang meminati bidang muzik, justeru diberi pendedahan kepada anak mereka dalam bidang tersebut, ada juga yang minat bidang suka, lalu diikuti oleh anak mereka minat yang sama.

Agaknya, begitulah yang dikongsi oleh Tomok dan anak-anak. Baru-baru ini beliau ada memuat naik videonya dengan dua orang anaknya Arrian dan Andra itu yang sedang bermain alat muzik. Dah macam tengok band anak-beranak pula.

Tidak dapat dinafikan bahawa Tomok dan anaknya itu sangat berbakat. Ibarat mewarisi bakat ayahnya. Si abang pandai betu main gitar, ayah nya pula main drum. Tapi, yang lebih menarik perhatin netizen apabila melihat anak keduanya, Andra itu yang tersangat energetic.

Menjiwai betul. Siap menari-nari lagi, sangatlah aktif. Macam rockers pun ada gaya. Yang lagi dua orang tu tukang main alat instrument yang sorang lagi tu vocalist. Tapi, ketiga-tiga mereka bermain muzik bersama dengan begitu synchronize, dah biasa berlatih bersama agaknya.

Kan best kalau satu family jenis sporting macam tu, dari ibu bapa sampailah ke anak semuanya berkongsi dan saling menyokong antara satu sama lain. Nampaknya seperti Tomok dan family nya berkongsi yang sama.

Kebiasaan anak-anak artis dan penyanyi selalu memberi pendedahan kepada anak mereka dalam bidang muzik. Minat yang sama turut dikongsi seisi keluarga. Bak kata netizen, kalau family ni ada band sendiri dan ada buat konsert mereka, aka nada fans yang nak hadir.

Tapi, isteri kesayangan Tomok turut komen melalui Instagram yang bernama AYU_ABBAS mengatakan “Bukan main ekk..bila suruh buat homework semua lemau..”. Haa, dah ibu kantoikan perangai dua orang ni. Kalau bab main alat muzik, laju je, bab buat homework, lemau pula ya. Adoi, lawak betul lah, ibu spoil kan anak.

Begitula kanak-kanak, bab main laju je, bila kena buat homework, banyak pula pusing-pusing nya. Takpa, yang penting kena seimbang, hebat dalam bidang pendidikan mahupun apa jua bidang yang diminatinya. Barulah syok.

Justeru, alangkah seronoknya jika satu keluarga berkongsi minat yang sama. Ibu bapa juga haruslah sentiasa menyokong apa jua minat anak-anaknya. Bukan apa, zaman sekarang ni, hebat main video game pun boleh dijadikan kerjaya tau. Jadi, sentiasalah menyokong anak-anak.

Sumber : Ig Tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!