“Pandai pilih date, semoga jadi srikandi yg berjaya”- Radin Era

Setelah dua minggu menunggu kelahiran cahaya mata, rupanya Dia telah menetapkan kelahiran bayi mereka pada tarikh yang istimewa. Anak kepada Syamel dan Ernie lahir pada 20.02.2022, jam 10 pagi. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana setelah menunggu berhari-hari akan kelahiran puteri sulung mereka, akhirnya penantian tersebut terlalu istimewa. Rupanya puteri sulung mereka mahu dilahirkan pada tarikh ini.

Syamel dan Ernie mengucapkan kesyukuran dan rasa begitu gembira. Malah, anak mereka lahir pada tarikh yang istimewa dan senang diingati.

Masih belum mengumumkan nama puteri sulung mereka, namun ia sangatlah menggembirakan kerana Ernie selamat melahirkan.

Menggelarkan bahasa daddy dan ibu, pasti setiap anak perempuan sangat manja akan daddynya.

Mendapat hampir 30 ribu sukaan dan lebih 600 komen diberikan, ramai mengucapkan tahniah dan selamat berpantang kepada Ernie Zakri.

Ramai yang mendoakan mereka. Itulah yang istimewanya untuk mereka. Kemudian, semua dipermudahkan dan puteri sulung mereka lahir pula pada tarikh yang sangat istimewa.

Selain peminat Ernie dan Syamel, rakan artis turut memberikan komen tahniah. Malah memuji pandai memilih tarikh walhal bukan memilih tarijh tetapi sudah ditetapkan Ilahi.

Antara yang memberi komen seperti, Radin, Siti Elizad, Fizo Omar, dan Yusuf bahrin. Ini antara komen mereka.

Semoga anak Ernie dan Syamel menjadi anak solehah dan pasti sangat comel sekali. Tidak sabar untuk melihat wajah anak mereka.

Sumber: ig syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!