“Nak dengar Mirul nyanyi” – Netizen

Beruntunglah seorang wanita sekiranya dapat memiliki seorang suami yang baik. Lebih bonus jika keluarga sendiri, bahkan di sebelah suaminya juga berhati mulia dan menganggap menantu macam anak sendiri. Itulah yang dirasakan netizen apabila selebriti, Ain Edruce berkongsi momen bersama suaminya, ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa dan keluarganya ketika bercuti di Langkawi ini.

Lihatlah video hantaran Ain ini. Sudahlah belanja pemandangan indah dari atas bot dinaikinya bersama keluarga, netizen yang melihatnya ketawa dan menyanyi pun tumpang gembira sama.

Tak kurang netizen di ruangan komen yang menyifatkan apa dimiliki pengacara dan pelakon itu, suatu anugerah Ilahi yang wajar dihargai. Ya lah… bukan semua orang mendapat rezeki sebegitu.

Hendak pula sekarang ni sejak tular kisah rumah tangga pasangan selebriti ‘goyang’ dek kehadiran orang ketiga, ada pula membandingkan dengan keuntungan mereka yang bernasib baik tak berdepan cabaran sama.

“Beruntung Ain dpt suami baik keluarga bahagia”, “seronoknya tgk dengan happy family nya sporting betul”, “Happy family”, “Bestnya spend time dgn family”. Itu antara komen netizen.

Sebelum ini walaupun biasa berdepan dengan mul0t pu4ka netizen yang mempertikaikan paras suaminya yang jenis ‘bersahaja’ itu, jangan tak tahu, Ain sebenarnya sayang betul pada Amirul.

Ibu kepada seorang cahaya mata, Soraya ini pernah berkongsi yang suaminya itu pembawa tuah dalam hidupnya. Masakan tidak, sejak berumah tangga rezeki keluarga kecilnya makin bertambah.

Nak pula apabila Ain sering berkongsi wajah spontan suaminya itu di medsosnya, selain dirinya, Amirul juga umpama sudah ada pengikut dan peminatnya yang tersendiri. Ramai suka bila mereka berganding hasilkan konten bersama.

Ain juga pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tak memandang rupa asalkan suami berharta bagi menjaga kebajikan diri dan keluarganya. Apa yang penting, tak kira bagaimanapun, no.1 haruslah bahagia kan…

Ain memulakan kerjaya awal sebagai model ketika menuntut di UiTM, pada 2011, seterusnya sebagai pelakon. Ain selamat mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada 13 Disember 2019.

Sumber : IG Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!