“MasyaAllah comel bunga, mata besar nampak angpau” – Netizen

Bunga ElHaq Uzair Haqimy merupakan anak perempuan dan cahaya mata sulung kepada pasangan pelakon dan pengarah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy. Uzair Haqimy merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penerbit Shiela Rusly. Nama Bunga sendiri merupakan nama pilihan yang di cadangkan sendiri oleh Sheila Rusly buat pasangan berkenaan. Rata- rata warganet juga memuji keunikan nama Bunga ElHaq.

Setiap manusia telah di tetapkan rezekinya masing- masing. Rezeki setiap orang datang dalam pelbagai bentuk. Buat pelakon Elisya Sandha, beliau amat bertuah di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat dan menyayangi beliau sebagai menantu perempuan sulung.

Kehadiran Bunga ElHaq sebagai cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh mereka sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan. Shiela di kurniakan 2 orang anak lelaki hasil pernikahan beliau bersama pengarah Jinggo.

Pasangan sama cantik sama padan Elisya dan Uzair mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2021 lalu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada pertengah bulan Jun tahun lalu.

Menerusi instagram Shiela Rusly, pelakon berkenaan memuatnaik satu video yang memaparkan beliau berkunjung ke rumah rakan berb4ngsa cina untuk menyambut perayaan tahun baru cina. Tidak ketinggalan Shiela turut membawa bersama, cucunya Bunga Elhaq.

Semasa, sesi pemberian ‘angpaw’ oleh tuan rumah kepada cucu Shiela Rusly itu, wajah comel Bunga menarik perhatian netizen. Mata bulat Bunga yang seolah oleh gembira mendapat ‘angpaw’ turut mencuit hati netizen.

Wajah Bunga itu saling tidak tumpah seperti wajah bapanya Uzair Haqimy. Mata Bunga sebijik mata daddy dia. Anak Daddy betul la Bunga ni ya. Namun begitu ada juga dalam kalangan warganet yang berkata wajah Bunga juga seiras benar dengan wajah neneknya Shiela Rusly.

Comel betul muka Bunga masa terima ‘angpaw’ tu. Bulat mata Bunga dapat ‘angpaw’ daripada kawan atok dan nenda dia. Atok dan Nenda tak tinggal cucu kesayangan walau ke mana mereka pergi. Tak lengkap dan tak meriah pastinya majlis tanpa kehadiran anak kecil seperti Bunga.

Sebagai sebuah negara yang berbilang b4ngsa, melihat artis yang meraikan perayaan rakan yang berlainan b4ngsa serta agama cukup memberikan inspirasi buat para peminat mereka.

Apatah lagi selebriti seperti Shiela Rusly yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai iaitu 3 juta pengikut di Instagram beliau.

Amalan mengeratkan hubungan silaturrahim walaupun berlainan bangsa perlulah di puji. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen.

Bertuahnya Bunga El Haq ni ya. Lahir dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Mudah- mudahan Bunga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya serta Atok dan Neneknya kelak.

Sumber: Instagram shiela rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!