“Tingtong juga dia ni haha” – Netizen

Namanya ustaz tak semestinya tak boleh mengusik atau bergurau dengan netizen. Bak kata pepatah sekarang ‘tak boleh bergurau, duduk surau’… Adehh…. Gamaknya itulah yang cuba dilakukan Pencetus Vmmah, Haris Ismail atau PU Riz ini. Lihat saj4lah aksinya dengan sebelah mata ‘plsu’ yang biasa digunakan dalam drama atau filem seram pada awal video dikongsikannya ini. Siap dengan ketawa ‘h4ntu’ lagi. Kalau berpanjangan video itu hingga ke akhir dan menontonnya tengah malam, boleh seram sejuk juga dibuatnya.

Siapa sangka menjadi suami kepada selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa ini di samping itu, dia juga tak kurang ‘nakalnya’. Ada-ada saja yang menarik perhatian netizen untuk menyaksikan keletahnya yang bukan sekadar konten kosong.

Pada zaman hidup perlu bergantung kepada media sosial ini dan harus menghasilkan bahan menarik bagi mengajak netizen melihat terutama bagi peniaga produk, sememangnya pelbagai teknik akan dilakukan termasuklah seperti PU Riz.

Justeru tak kurang netizen merasakan kadang PU Riz juga seorang yang ‘masuk air’. Macam kita-kita orang biasa ni juga, gemar bergurau senda. Dalam memberi input dan berniaga ada pengisiannya jua.

“Tingtong juga dia ni”, “Ada je idea Haris ni”, “Ya Allah masih baik bukan waktu malam”, “Adoila bapak Bilal ni ponnn, lawaknyee kemain”, “Terlepas ckp… Ngek la Haris, patut lopa tingtong skrg”, “Terkejut first tu”. Itu antara komen netizen.

Yang tak boleh tahan tu, ada juga meluahkan yang barangkali dek ‘perangai’ Haris yang sedemikian, Lofa juga kebelakangan ini dikatakan turut kadang ‘tingtong’ seperti dirinya. Dah suami isteri kan…

Sebahagian netizen di ruangan komen pada hantaran Haris di Instagram nya itu turut menyatakan sokongan dan suka dengan pendekatan Haris yang dalam melawak, paling penting dalam masa sama juga berdakwah.

Terdahulu, Haris dalam hantarannya turut mengingatkan netizen agar sentiasa melakukan ibadah zikir. Bagi membantu melakukannya ia boleh dengan sokongan alat tasbih.

Selain sebagai pendakwah bebas, Pu Riz juga seorang pelakon. Padanlah kena saja gayanya bila buat pengisian sebegini kan… kata orang taklah nampak janggal. Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Vmmah Musim 4 pada 2016.

Pada 27 Mac 2021, dia selamat melangsungkan pernikahan dengan Neelofa. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 yang melengkapkan ikatan kasih keduanya.

Sumber : IG PU Riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!