“Sedap suara Fatiya, pg2 duk dgr suara Fatiya tenang rasa” – Netizen

Semua orang tahu bahawa Fathia Latif memang boleh menyanyi dengan baik malah bukan sahaja menyanyi dengan baik tetapi beliau juga seorang pelakon yang sangat menjiwai watak dan sangat boleh berlakon dengan baik, namun tidak semua orang dapat peluang yang sebaiknya. Mendengar Fathia menyanyi pagi-pagi membuatkan ramai yang tenang dan selesa malah ada yang mendengar suaranya sehingga habis perkongsian sampaikan tidak cukup malah ingin mendengar lagi.

Memuat naik video nyanyian beliau sambil bermain piano membuatkan lagi beliau menyerlahkan bakat yang ada. Peminat-peminatnya sangat kagum dan berbangga dengan bakatnya Fathia Latiff ada.

Bukan itu sahaja malah drama terbaharu Fathia Latiff akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi dengan lakonannya yang menjadi watak utama bernama Jesnita, penceritaan drama tersebut sangatlah menc4bar namun beliau dapat membuat dengan baik.

Jika dahulu beliau menyanyikan lagu OST drama di TV3 suatu masa dahulu, tetapi kini beliau pula membuat suara teaser untuk lagu perkongsiannya ini membuatkan ramai yang merindui nyanyiannya.

Beliau banyak mencipta lagu-lagu namun dia masih belum dapat disiarkan dek kerana masih belum mendapat kerjasama yang baik oleh syarikat-syarikat penganjur dan juga syarikat rakaman memang susah untuk berada di industri sebegini.

Sebelum ini Fathia pernah menghiilang dan sunyi sepi daripada dunia lakonan tetapi setelah kembali dengan lakonan-lakonan yang terbaharu dan filem bersama Kamal Adli, barulah nama Fathia kembali berputik dan kembali menyanyi serta berlakon semula.

Di ruangan komen banyak yang mengatakan bahawa mereka sangat merinduimu lakonan dan nyanyian Fathia Latiff malah mereka sentiasa menantikan kemunculan yang terbaharu serta lagu-lagu yang terbaharu daripada Fathia Latiff, pasti mereka akan menyokong sepenuhnya.

Lihatlah komen-komen netizen dan peminat-peminat Fathia Latiff, mereka sentiasa ada di samping Fathia Latiff dan sentiasa menyokong perkongsian yang di muat naik oleh Fathia dan akan memberikan kata-kata semangat serta menjadi peminat setia kepadanya.

Fathia seorang yang sangat kental dan cekal, malah bukan saja itu, dia juga tetap akan kuat demi menjalani kehidupan dan tidak gentar apa yang akan dikata netizen.

Sumber: ig fatiyalatif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!