“Ada tnya bapak Ammar tak p ka, Zain tak ikut ka” – Che Ta

Hati ibu mana yang tak gembira dan bangga apabila anak disayangi berjaya menuntut ilmu di menara gading dan akhirnya dapat menggenggam segulung ijazah. Sudah pastilah saat anak akan berada di pentas untuk mengambil skrol adalah momen yang wajib dirakam bersama ibunya. Begitupun tak semua kenangan dapat dikongsi bersama satu keluarga. Macam tu jugalah yang dilalui selebriti cantik dan sensasi, Rozita Che Wan atau Che Ta.

Dalam hantaran videonya ini, Che Ta berkongsi yang dia membayar tempat duduk untuk dua orang saja bagi menghadiri majlis konvokesyen anaknya, Ammar Effendy. Bukan calang-calang juga pencapaian anaknya itu.

Anak sulungnya itu berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda berganda (double degree) selepas Aniq Ezra. Jika dilihat perkongsiannya, Che Ta menyatakan kesyukuran dengan kejayaan dua anak lelakinya dengan suami terdahulu itu.

Begitupun, melihat hanya momen mereka berdua sahaja terakam dan dikongsikan di medsos, rupanya ada juga netizen yang ‘risau’. Mereka bertanyakan tentang bapa Ammar dan suami Che Ta, pelakon Zain Saidin yang tak kelihatan.

Ia menyebabkan pelakon itu terpaksa menjelaskan serba ringkas tentang persoalan itu di Instagramnya dengan memberitahu yang bapa Ammar berada di Doha. Dia hanya buat live di telefon untuk berkongsi momen tersebut dengan Aniq, Aaisyah dan Zain.

Terdahulu, dua pax seat dibayarnya untuk konvokesyen itu jelasnya hanya buat dia dan jurufotonya. Macam tu ya… harap netizen tak menyangka dan mengatakan yang tidak-tidak lagi.

Barangkali kurang senang dengan pertanyaan sedemikian, dia sempat meletakkan hashtag sibukbethul yang ditujukan kepada netizen selepas memberikan penjelasan terbabit.

“Alhamdulillah selesai 2 org… Tinggai hat ‘cik adik vogue’ je nnti”, “Sibuk betul netizen kannn… Congrat Ammar & CheTa”, “hahaha nurtizen, tahniah anak-anak Cheta”. Itu antara komen netizen.

Tak kurang yang mengucapkan tahniah buat keduanya. Apa pun melihat kejayaan dua anaknya, ramai menyifatkan Che Ta sudah menyelesaikan ‘tugasnya’ memberikan didikan dan ilmu buat anak-anak.

Sebelum dengan Zain, Che Ta berkahwin dengan juruterbang MAS, Azuar Effendy Zulkaply. Berpisah secara sah pada 8 Mei 2003, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata – Ammar dan Aniq.

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!