“Mcm xsesuai je kain terbelah yg last, even pkai stoking tp still menimbulkn kegusaran” – Netizen

Satu perkongsian wajah anak kepada selebriti terkenal Neelofa yang tular di media sosial baru- baru ini cukup membuatkan usahawan terkenal berkenaan merasa sangat kecewa. Neelofa mempersoalkan tindakan individu tersebut yang menyebarkan wajah anaknya meskipun beliau sebelum ini sudah meminta sedikit masa sebelum benar- benar bersedia untuk berkongsi wajah anak sulungnya itu.

Bagaimanapun ekoran insiden berkenaan, setelah sekian lama pengacara berkenaan memegang pendirian untuk tidak mendedahkan lagi wajah anaknya, Neelofa akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris kepada umum menerusi Instagram beliau.

Sejak awal pembabitan awal Neelofa dalam dunia seni, kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai.

Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Namun begitu, Neelofa tidak mengehadkan fesyen untuk di gayakan meskipun berniqab. Ternyata pemakaian niqab tidak menjadi batas buat seorang penggemar fesyen seperti Neelofa untuk terus bergaya.

Meskipun sibuk dengan urusan perniagaan, Neelofa masih lagi belum meningg4lkan aktiviti dalam dunia seni. Sebagai mempromosikan rancangan temubual terbaru beliau, Neelofa telah berkongsi satu video promosi rancangan berkenaan di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CkA7OUeOR_W/?utm_source=ig_web_copy_link

Rancangan berkenaan iaitu Next to Neelofa telahpun mula bersiaran bermula malam tadi dan menampilkan tetamu undangan bagi episode pertama iaitu Datin Lisa Surihani.

Seiring dengan penampilan Neelofa yang sudahpun memakai niqab, setiap fesyen yang di gayakan oleh selebriti ini pastinya akan menarik perhatian para peminat.

Mana tidaknya, status beliau sebagai seorang niqabis tidak mengehadkan gaya beliau dalam berfesyen.  Beliau juga seorang yang gemar bereksperimen dengan fesyen sejak dahulu.

Namun begitu, salah satu pakaian yang di sarung ketika merakamkan video promosi temubual Next to Neelofa itu menerima teguran daripada peminat kerana kain yang di pakai Neelofa terbelah dan mendedahkan sebahagian kaki Neelofa.

Walaupun Neelofa sudah memakai stoking namun stokin yang berwarna “skin color’ berkenaan boleh menimbulkan kegusaran buat orang yang menontonnya. Berikut pula di kongsikan komen individu yang bertanyakan hal tersebut di ruangan komen instagram Neelofa.

Secara tidak sengaja berkemungkinan besar Neelofa terlepas pandang semasa merakamkan video berkenaan. Ada betulnya juga teguran netizen kali ini. Agak tidak sesuai untuk Neelofa memakai kain terbelah dengan imej berniqab skrg.

Sumber: ig neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!