“Jgn minum byk sgt k0pi, tak bagus untuk pmpuan”- Netizen

Siapa sini antara penggemar minuman kopi? Sudah pasti ada di antara anda semua adalah pencinta minuman kopi lebih-lebih lagi minuman popular jenama Starbucks. Starbucks antara minuman kopi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia termasuklah golongan selebriti. Namun seperti yang ramai ketahui, kandungan kafein dalam minuman kopi dikatakan berisiko buat wanita.

Oleh disebabkan itu, minuman kopi perlu dikawal bagi mengelakkan sebarang peny4kit terutamanya pada wanita.

Bagi pelakon cantik Intan Najuwa, minuman kopi adalah keutamaan bagi dirinya untuk aktif bekerja dan dalam masa yang sama beliau adalah seorang siswa jurusan undang-undang.

Sudah tentu kopi adalah peneman hidup Intan di kala sibuk dengan bekerja dan belajar dalam satu masa.

Melihat pada rutin harian Intan, beliau kini masih aktif dalam bidang lakonan dan memegang watak utama bagi drama popular Saat Kau Takluk Cinta Ini yang ditayangkan di TV3.

Meskipun sibuk berlakon, Intan tetap maintain fokus dalam pengajiannya sebagai pelajar jurusan undang-undang. Bukan mudah ya belajar dan bekerja dalam satu masa, terbaik Intan..

Dalam pada itu, beberapa foto dikongsi Intan menunjukkan dirinya tidak lekang dengan minuman kopi membuatkan ramai netizen anggap Intan adalah salah seorang penggemar tegar kopi.

Namun beberapa netizen menegur Intan supaya mengurangkan minum kopi kerana kandungan kafein yang tinggi.

Semoga maju jaya buat Intan yang tengah struggle belajar jurusan undang-undang dan dalam masa yang sama berlakon.

Sumber: Instagram Intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!