“Andra paling menyerlah bab2 menari ni” – Netizen

Mempunyai anak-anak comel dan sedang membesar sememangnya menceriakan kehidupan. Macam penyanyi Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail dengan anak-anaknya ini. Sudah namanya anak seni, dalam hantaran terbaharunya terlihat Tomok sedang berlatih dan mengajarkan anaknya tarian. Jika melihat hashtag di kapsyen hantarannya itu, difahamkan ia sempena program Gegar Vaganza yang disertainya.

Dengan anak-anak sekali berlatih ya… Lucunya, Tomok sendiri menyatakan tidak pasti sama ada tarian diajarnya itu seperti dilakukan ahli kumpulan popular suatu ketika dulu, Back Street Boys atau tarian singa.

Ya tak ya juga ya… sekali pandang memang kelihatan seperti Tomok sedang mengajarkan anak-anaknya tarian singa pulak. Tak kurang netizen yang terhibur dengan kapsyen hantaran Tomok itu.

“Step adik memang macam backstreet, tp ayah punya movement da hampir ke unsur joget banghra lak”, “Alahai comel je..mcm mana la gaya Tomok menari mlm esok..yg pasti, mesti gempak”, “Tarian singa pun ok.. Good luck Tomok”.

Itu antara kata netizen. Ramai juga yang mendoakan kejayaan Tomok dalam persembahannya di GV9 nanti. Apa pun bapak-bapak muda, bila buat aktiviti begini, anak-anak pun turut bersemangat dibuatnya.

Sejak 18 September lalu, program hiburan GV terbitan Astro kembali bersiaran dengan menampilkan 12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan popular bersaing merebut kedudukan.

Selain Tomok, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir dan Bob Yusof, vokalis kumpulan Def-Gab-C, Asheed, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida, Pat Candy dan Tom antara peserta.

GV mengekalkan tiga pengkritik terkenal terdiri daripada maestro tersohor, Datuk Ramli MS; biduanita dari Indonesia Hetty Koes Endang dan pensyarah serta penghibur Datuk Syafinaz Selamat.

Mula menyanyi pada usianya 8 tahun, sudah pasti pengalaman dikecapinya sekian lama lebih dua dekad lalu, membuatkan Tomok antara peserta digeruni peserta lain untuk persaingan dalam GV kali ini.

Apa pun tak kiralah tarian apa Tomok persembahkan nanti, moga dipermudahkan semuanya. Mana tau ada gimik tarian singa nanti. Begitupun, ramai netizen di ruangan komen hantarannya itu mendoakan kejayaan Tomok.

Sumber : IG Tomok

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!