“Tidak masuk syurga org lelaki yg dayus, peringatan utk diri sy yg hina” – PU Riz

Pasangan PU Riz dan Neelofa sering memberikan inspirasi kepada orang ramai samada dalam perniagaan mahupun aktiviti amal yang dilakukan oleh pasangan ini. Jika sebelum ini mereka berdua sangat menjaga hubungan dan tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka kepada umum kerana batasan sebagai bukan muhrim namun kini setelah sah terlafaznya akad tiada lagi yang menjadi batasan antara mereka berdua.

Penghijrahan Neelofa kearah spiritual dengan mengambil keputusan untuk berniqab juga membuatkan dirinya sentiasa menjaga kelakuan dan adab apabila berurusan dengan kaaum yang berlawanan jantina dengannya demi mengelakkan fitnah.

Membuat perkongsian terbaru di Instagram, PU Riz menasihati kaaum lelaki terutamanya yang bergelar suami untuk menjaga diri mereka dan keluarga supaya tidak terpesong daripada ajaran agama islam yang sebenar. Peringatan yang ditulis oleh PU Riz di Instagram itu bukan sahaja untuk mengingatkan orang lain tetapi sebagai peringatan terhadap diri beliau sendiri agar tidak berlaku kepada dirinya juga.

Kongsi PU Riz, situasi masyarakat hari ini agak p4rah apabila berani melakonkan adegan ciiuman atas dasar lakonan.  Walau apapun alasannya, perkara yang di larang di dalam agama tidak seharusnya dilakukan atas alasan berlakon.

Kata pendakwah berusia 27 tahun itu lagi, beliau mengingatkan para suami supaya jangan membiasakan pasangan masing-masing untuk berada mesra bersama wanita mahupun lelaki lain kerana itu adalah di larang di dalam islam.

https://www.instagram.com/p/CVKcnteP-Bf/?utm_medium=share_sheet

PU Riz juga sempat menitipkan satu hadis buat para suami yang berbunyi bahawa “Tidak akan masuk syurga orang lelaki yang dayus” dalam nasihat beliau itu. Tanggungjawab seorang lelaki adalah sangat berat kerana golongan suami perlu menjaga ahli keluarganya daripada perkara yang mungkar.

Tidak terhenti di situ, para suami juga bertanggungjawab dalam menjaga aurat isteri dan anak-anak malahan menjaga batas pergaulan mereka. PU Riz juga menegaskan supaya para suami tidak menjadi lelaki yang dayus apabila buat tidak tahu sekiranya isteri memakai baju yang terdedah dan ketat kerana di akhirat kelak, mereka akan di persoalkan sekiranya tiada teguran di buat.

PU Riz juga mengajak masyarakat lebih peka dan sedar agar tidak melakukan perkara yang ditegah walaupun sekadar lakonan. Besar harapan PU Riz masyarakat dapat mengubah pemikiran mereka dengan tidak menjadikan lakonan sebagai alasan dan membiasakan perbuatan dosa.

Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pandangan pendakwah tersebut dan mereka berterima kasih di atas nasihat dan pesanan yang dikongsikan oleh PU Riz itu. Berikut antara komen-komen netizen terhadap perkongsian PU Riz

Kemanisan sebenar dalam rumahtangga adalah apabila si suami mampu membawa isterinya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Netizen berkata Neelofa amat bertuah bersuamikan seorang ustaz yang alim dan juga seorang pendakwah yang sedang giat menyebarkan agama islam.

Semoga rumahtangga mereka bahagia selalu. Tambahan pula dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Sumber: ig haris ismail

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!