“Intan mana pernah behave” – Intan Najuwa

Siapa yang tidak mengenali gadis cilik jelita Intan Najuwa? Tentu sahaja semua orang Malaysia di seluruh pelosok negeri kenal dengan aktress yang semakin hari semakin viral ini. Mungkin disebabkan oleh bakat lakonan beliau, dan mungkin juga disebabkan raut wajah comel yang dimiliki Intan lantas membuatkan Intan menjadi semakin popular di mata awam.

Sebut sahaja Intan, netizen pasti kenal dengan empunya nama tersebut. Namun, ada juga perkara lain yang membuatkan Intan sentiasa muncul di mana-mana media sosial, iaitu cara penampilan Intan yang agak ‘berani’. Asal sahaja Intan memuatnaik foto menerusi akaun Instagramnya, pasti ada netizen yang tidak terlepas pandang untuk menegur cara Intan berpakaian.

Pelakon yang baru berumur 24 tahun ini dikatakan mempunyai citarasa yang agak sksi dalam pemilihan penampilannya. Apa tidaknya, foto-foto yang dikongsikan Intan pasti akan menampakkan paha atau lengannya yang mana seperti yang kita sudah sedia maklum, adalah haram bagi umat Islam kerana sengaja menayangkan aurat.

Namun itu semua bukanlah sesuatu yang salah bagi Intan. Baru-baru, Intan telah memuatnaik satu lagi fotonya berpakaian sksi dengan baju tanpa lengan dan jelas menunjukkan bentuk tubuhnya. Malahan, Intan turut mengisi ruangan caption postingnya itu dengan “Intan mana pernah behave”.

Sudah tentu caption Intan beserta dengan fotonya ini menimbulkan banyak reaksi daripada netizen. Intan yang berpakaian baju hitam tidak berlengan yang dipadankan dengan seluar panjang berwarna coklat itu walaupun tidak dapat dinafikan kejelitaannya, namun tetap kelihatan kurang manis kerana menayangkan auratnya.

Walaupun terdahulu Intan sudah pernah ditegur oleh netizen kerana memakai skirt yang menampakkan pahanya, Intan masih tetap berkeras dalam soal pemakaiannya ini. Belum terdetik lagi di hati Intan untuk mengubah citarasa penampilannya yang agak keterlaluan bagi netizen, apatah lagi yang beragama Islam.

Foto yang dikongsikan Intan menerusi akaun Instagramnya ini berjaya mendapat sebanyak 29,126 likes dan 98 komen walaupun baru 21 jam yang lalu Intan memuatnaiknya. Ternyata dalam ramai-ramai netizen yang mengecam Intan, masih ramai juga warganet yang berminat untuk mengikuti perkembangan Intan.

Buktinya, masih berlambak para peminat Intan yang memuji kecantikan Intan dan sentiasa memberi sokongan kepada Intan tanpa mempedulikan pakaian Intan sehingga kononnya ada peminat Intan yang tersalah anggap bahawa Intan itu adalah pelakon jelita hindustan, Rani Mukerji.

Pelakon drama ‘budak intern’ ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya dalam bidang lakonan. Walaupun baru beberapa tahun aktif dalam bidang seni, namun Intan sudah pernah dicalonkan sebanyak dua kali untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama.

Apa-apapun, semoga Intan terus berjaya dalam dunia seni. Mana-mana komen yang agak keterlaluan tu bolehlah Intan abaikan ye, tetapi tidak salah juga jika Intan berubah demi kebaikan dan kesejahteraan hidup sendiri.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!