“Aisha ni, mata dia cantik sangat”- Netizen

Fasha Sandha pernah di gelar sebagai Ratu Air Mata kerana sentiasa membawakan watak wanita teraniaya. Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon. Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa.

Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon. Kebanyakkan drama – drama tempatan yang di lakonkan oleh pelakon berbakat besar ini akan sentiasa mendapat tempat di hati para penonton.

Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan juga sering menjadi bualan para peminat drama melayu.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Fasha dan Aidil sangat mementingkan keluarga. Setiap kali meraikan sambutan hari ulang tahun kelahiran mahupun apa jua hari istimewa, pasti mereka berdua mengajak ahli keluarga yang lain serta sahabat terdekat untuk turut sama meraikan hari istimewa mereka itu. Terasa begitu erat sekali hubungan kekeluargaan yang dimiliki oleh Fasha sekeluarga ini.

Bersempena hari ulang tahun kelahiran anaknya Aisha, menerusi perkongsian terbaru Fasha di Instagram, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan saat Aisha di lahirkan.

Pada ketika itu, hanya suaminya Aidil sahaja yang bertemu dengan Aisha. Aidil juga sempat membaca iqamat di telinga Aisha. Wajah- wajah Aisha sewaktu baru di lahirkan sehinggala ke usianya 2 tahun di kumpulkan menjadi satu video buat tatapan para peminat beliau.

Netizen memuji wajah si kecil itu dan berkata bahawa Aisha sememangnya mempunyai sepasang mata yang sangat cantik.

Sewaktu Aisha senyum, mata Aisha yang turut sepet seolah- olah turut tersenyum bersama menjadikan wajah Aisha begitu manis sekali serta menarik perhatian netizen yang turut geram dengan wajah manis Aisha itu.

Ruangan komen di banjiri ucapan Selamat Hari lahir kepada Aisha. Netizen juga menulis doa yang baik- baik buat si kecil tersebut dan mendoakan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Berikut dikongsikan komen- komen netizen

Bertuah Fasha dapat seorang suami yang sangat penyayang. Menyerlah kebahagiaan yang di miliki oleh pasangan ini. Para peminat yang bersemut melihat pasangan ini juga turut mendoakan hubungan Fasha dan suami kekal bahagia sentiasa.

Sumber: Instagram fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!