“Geram pula tgk mummy kita ni, haha happy always” – Mira Filzah

Kalau dah suka dengan seseorang tu mesti rasa nak ‘melekat’ saja. Kadang kot ditinggalkan sekejap saja dah rindu. Lazimnya itu hanya berlaku pada pasangan yang sedang hangat bercinta. Macam perkongsian selebriti, Yasmin Hani ini, lihat saj4lah, baharu sekejap teman lelakinya hendak turun dari kereta, punyalah macam tak mahu ditinggal, tak henti-henti ‘flying k1ss dan ucapan sayang diberikan pada yang tersayang.

Bertuah sungguh Yasmin, dapat teman lelaki yang amat menyayanginya. Punyalah cinta, sampaikan dah tutup pintu kereta pun masih sempat melayangkan ucapan sama di lensa kamera undur kereta dipandu Yasmin.

Dalam video dikongsikan Yasmin, umpama tak henti-henti teman lelakinya, aktor yang juga hos televisyen, Alif Hadi mengungkap kata rindu buatnya. Jika ditinjau perkongsian Alif dan Yasmin, hubungan mereka bukan rahsia lagi.

Selain netizen, rakan artis juga tak kurang memberikan reaksi dalam hantaran Yasmin ini. Antaranya pelakon, Mira Filzah, yang men1nggalkan komen, umpama ‘geram’ melihat kebahagiaan pasangan ini. ‘Happy always’, katanya.

“Hahahaha comel la korang nie”, kata pelakon, Dynas Mokhtar pula. “Hahaha.. so cute”, “So happy for you to found someone understand being some part of you”, “Hahaha.. kalako”, “Belum lagi kawin kak. Mmg selalu happy kadang2 xhappy”. Itu pula antara komen netizen.

Begitupun biasalah netizen ni, ada pelbagai pendapat. Tak kurang merasakan ada antara mereka yang belum matang. Apa pun itu membuatkan pasangan seorang lagi nampak lebih muda pula.

Siapa kita untuk menilai. Yang pasti jodoh pertemuan, aj4l dan mavt itu di tangan tuhan. Kita doakan yang baik-baik sudahlah ya. Hanya mereka yang tahu tahap kefahaman dan keserasian dalam hubungan mereka.

Bukan sahaja dilihat menyayangi ibu tunggal itu, Alif juga dilihat agak rapat dengan dua anak Yasmin. Syukurlah jika sudah ada pengganti buat Yasmin, moga yang baik-baik buat mereka sekeluarga.

Disember tahun lalu, Yasmin mendedahkan dia dan bekas suami, Sha’arin Razali sudah membawa haluan masing-masing selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Yasmin baru-baru ini mengakui hubungannya dengan Alif masih di peringkat perkenalan serta tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan dan bakal berkongsi berita gembira jika ada perkembangan baik.


Sumber : IG Yasmin Hani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!