“Napa horeyyy bunyi meow tu Deja” – Netizen

Bagi anak kecil yang baru belajar bercakap, banyak sahaja ayat-ayat lucu yang diungkapkan oleh mereka. Biasalah tu, budak baru belajar kan. Baru mahu berjinak-jinak dengan perkataan. Namun, tidak dapat dinafikan juga ianya sesuatu perkara yang lucu. Adakalanya perkataan yang disebut oleh anak-anak kecil ini ‘lari’ jauh menyimpang daripada perkataan asal yang sepatutnya digunakan.

Sebagai ibubapa, tentu sahaja kita kadangkala tertawa dengan telatah si kecil. Bukan bererti mahu merendah-rendahkan keupayaan si kecil, namun tertawa disebabkan terhibur dengan telatah mereka yang tanpa segan silu ingin cepat-cepat belajar bercakap tanpa mempedulikan ayat yang lintang-pukang.

Perkara yang sama turut berlaku kepada penyanyi terkenal tanahair, Shah Indrawan Bin Ismail atau lebih popular dengan panggilan Tomok di kalangan peminatnya. Tomok sudah mempunyai tiga orang anak yang mana anak bongsunya baru berumur dua tahun. Anak pertama dan kedua Tomok adalah lelaki manakala anak ketiganya pula perempuan.

Walaupun baru mencecah umur dua tahun, namun Khadijah sangat gemar untuk berbicara. Dia juga sudah mampu memahami banyak arahan daripada ibubapanya. Lihat sahaja pada rakaman viideo yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Tomok.

Tomok yang sedang mengajar anaknya untuk membuat aksi berdasarkan lirik lagu yang Tomok sedang nyanyikan itu nampaknya dengan mudah difahami oleh Khadijah. Setiap lirik lagu yang dinyanyikan Tomok pasti akan disambut Khadijah dengan aksi yang bersesuaian.

Dalam video perkongsian Tomok yang dimuatnaiknya pada 2 jam yang lalu, Tomok menyanyikan lagu ‘kalau rasa gembira’ sambil menunggu reaksi daripada anak perempuannya ini.

Apabila lirik lagu tersebut mengatakan tepuk tangan, maka Khadijah dengan segera menepuk tangan seraya tersenyum comel. Dan apabila lagu tersebut mengatakan hentak kaki, maka Khadijah dengan penuh bersemangat pula menghentak kakinya.

Namun yang mencuit hati netizen adalah apabila Khadijah cuba untuk menyebut perkataan ‘hooray’ tapi yang keluar dari mulutnya kedengaran seakan-akan bunyi kucing sedang mengiau. Comel sungguh telatah Khadijah ni ye. Pasti cair hati para followers Tomok semasa menonton video pendek ini.

Walaupun baru 2 jam yang lalu Tomok memuatnaik video ini, namun ianya sudah berjaya mengumpul sebanyak 21,348 tontonan dan 31 komen. Rata-rata netizen memuji kecomelan serta kebijaksanaan Khadijah. Walaupun baru berumur 2 tahun, Khadijah sudah mampu untuk memahami banyak perkataan.

“Masa kecil muka masam je..dah besar alahaiii cair tengok dia senyum senyum. Comel Khadijah,” ujar salah seorang followers Tomok. Semoga menjadi anak yang solehah apabila dah besar nanti ya Khadijah.

Sumber: Instagram Tomok

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!