“This is your coat, dah lama takde job takde watak Dato, kita dok umah mkn daadih je” – Sharifah Shahira

Biasalah dalam tempoh perintah kawalan berkurung ini, kita dan keluarga haruslah meluangkan masa bersama ataupun membuat aktiviti bersama. Bukan itu sahaja, kita juga boleh membuat kerja kita bersama-sama keluarga dan ini juga membina silaturahim antara keluarga kita. Ini kerana berada di rumah dalam tempoh yang lama boleh membuat kita rasa bosan dan akan memberi efek negatif pada keseluruhan badan kita.

Kita tidak asing lagi dengan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah dan keluarganya yang sangat mencuit hati peminat-peminatnya. Beliau yang selalu berkongsi momen gelagat kelakarnya terutama sekali apabila memberi ulasan tentang makanan dalam laman instagramnya.

Beliau juga sangat dikenali dengan sifat kelakarnya yang jujur. Setiap kali beliau membuat lawak, itu adalah kerana ianya adalah satu aksi spontan dan bukanlah lakonan.

Baru-baru ini, beliau memberi ulasan tentang sebuah produk bersama suaminya di dalam kediamannya.

https://www.instagram.com/tv/CQi01XPnM96/?utm_medium=copy_link

Dilihat di dalam video berkenaan, Shahira berkata bahawa beliau sedang memakai kot baju suaminya yang lama kerana suaminya itu sudah lama tidak memakainya sejak PKP dijalankan.

Beliau berkata juga disebabkan tiada kerja dan tiada watak untuk dilakonkan maka mereka duduk di rumah dan makan daadih yang beliau sedang ulaskan di sosial media mereka itu.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat suami isteri ini dan ada juga yang menegur bahawa cubaan suaminya untuk berlakon menjadi serius  dan ‘macho’ tidak menjadi kerana tergelak melayan lawak spontan Shahira.

Dalam tempoh PKP ini lah masanya untuk mendapat masa yang berkualiti dengan keluarga. Contohi Sharifah Shahira kerana walaupun beliau kena mengurus ulasan-ulasan produk dalam sosial medianya, beliau tidak lupa untuk mengajak anak dan suaminya dalam membuat video ulasan bersama sekaligus meluangkan masa gelak tawa dengan mereka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!