“Kesian dah mcm naik syeikh je ayam tu, sampai hati ko kan” – Netizen

Dalam hidup berumahtangga haruslah selalu menerapkan sikap terbuka dengan pasangan dan selalu rajin bergurau senda untuk mengekalkan kebahagiaan dalam hidup berpasangan. Setiap seorang mestilah mainkan peranan untuk cuba bergurau senda dengan pasangan tanpa menyakitkan hati antara satu sama lain. Sikap ini penting kerana ianya bukan sahaja mengukuhkan rumahtangga tersebut malah ianya membantu kita untuk lebih memahami pasangan kita.

Siapa tidak kenal lagi pasangan pelakon tempatan kita, Izzue Islam dan Awin Nurin. Mereka berdua selalu kelihatan serasi dan bahagia bersama walaupun masih menunggu kehadiran cahayamata. Mereka yang telah membina rumahtangga mereka sejak 2013 telah membuktikan perkahwinan mereka tetap bahagia walaupun hanya mereka berdua sahaja di dalam bahtera perkahwinan ini.

Pasangan ini selalu juga mendapat kecaman dari netizen namun mereka tidak sesekali mengambil kisah tentang kata-kata mereka.

Malah mereka berdua suka berkongsi momen mereka bergurau senda dan menunjukkan betapa bahagia mereka bersama. Baru-baru ini, Awin berkongsi satu video bergurau dengan suaminya dalam laman aplikasi Tiktok.

Dilihat dalam video berkenaan, Awin sedang cuba untuk permainkan suaminya untuk membuat lagak seperti ayam berkokok mengikut lagu di dalam aplikasi Tiktok tersebut.

Izzue kelihatan sungguh bersemangat membuat aksi ayam berkokok berkenaan dan menghiburkan hati isterinya.

Netizen juga terhibur melihat gelagat pasangan ini dan ada yang berseloroh mengatakan Izzue seperti “naik syeikh” di dalam video berkenaan.

Sangat comel mereka berdua. Kadang kala cara mereka bergurau boleh digunakan dalam rumahtangga kita sendiri. Mana tau ia boleh menyerikan lagi keharmonian antara kita dengan pasangan. Bukan itu sahaja, kita dapat juga meluangkan masa bersama pasangan kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!