“Dah bermisai berjambang pun masih nak makan bersuap, geli tengok” – Netizen

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa adalah pepatah yang dapat menggambarkan bagaimana besarnya kasih sayang kedua ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidak kira jika anak masih kecil atau sudah dewasa sekali pun, tidak salah bagi ibu bapa untuk memperlihatkan kasih dan sayang mereka kepada anak-anak dengan cara apa sekali pun.

Begitu juga dengan pelakon senior hebat negara iaitu Jasmiah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid yang telah dikecam oleh warganet setelah dia memuatnaik video bersama anak lelakinya iaitu Ian Haziq. Video bersama Ian Haziq itu telah dimuatnaik di laman Instagram miliknya tetapi ternyata ada antara mereka yang tidak berpuas hati melihat kemesraan antara anak beranak ini.

Video tersebut dimuatnaik bagi membuat ‘review’ makanan yang telah diterima olehnya tetapi anak lelakinya itu juga turut serta sambil meminta untuk disuapkan oleh Jasmin Hamid sendiri.

Berasa kecewa dan maarah dengan kecaaman yang diterima, Jasmin Hamid kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan berhenti untuk menyayangi dan menyuap anaknya walaupun hingga mereka sudah beruban sekalipun.

Jasmin Hamid juga ada meluahkan rasa rindu dan sedih kerana sekarang dia sudah tidak dapat lagi merasa kasih sayang dari ibu bapanya yg kini sudah tiada.

Kenyataan yang dibuat oleh Jasmin Hamid itu turut menarik Zizie Izette untuk mngalkan komen dan berkata bahawa dia juga tidak akan pernah berhenti untuk memeluk dan menc1um anak-anaknya walaupun mereka sudah dewasa kelak.

Netizen lain juga turut memberikan semangat dan komen positif untuk Jasmin Hamid agar dia menghiraukan dan tidak memikirkan tentang komen negatif yang dilemparkan.

Ini kerana masih  ramai diantara mereka yang sangat suka melihat hubungan kekeluargaan miliknya yang penuh dengan kasih sayang.

Kasih sayang ibu memang tiada batasnya. Walaupun anak masing-masing sudah meningkat dewasa, itu tidak dapat mengekang kasih sayang seorang ibu dari dicurahkan kepada anaknya. Memang suka lihat bagaimana Jasmin Hamid melayan semua anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Semoga ikatan kasih sayang milik keluarga ini akan sentiasa erat dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!