“Realiti zaman skrg bercinta bagai nak rak tp kosong, baik sy bahagia dgn anak2” – DSV

Pada zaman sekarang, sudah ramai wanita yang tidak seperti dulu, ramai yang sudah pandai berdikari dan menguruskan serta menambah wang simpanan mereka sendiri tanpa memerluukan seorang lelaki untuk mendapatkan sesuatu yang mereka impikan. Ini kerana wanita-wanita ini lebih yakin dan mempercayai mereka boleh bahagia tanpa kehadiran seorang lelaki dalam hidup mereka.

Siapa tidak kenali usahawan wanita berjaya, Dato’ Seri Vida yang membuktikan wanita tidak memerluukan lelaki dalam hidup kerana bahagia itu bukan sahaja hidup berpasangan sahaja malah bahagia itu juga boleh diperoleh dari membahagiakan anak-anak sendiri.

Beliau sering dilihat lebih bahagia dengan anak-anaknya dan anak-anaknya juga dilihat sebagai pendorong dan semangat bagi Dato’ Seri Vida untuk sentiasa terus berusaha dalam perniagaannya.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi sebuah video membalas sebuah komen yang mengatakan beliau kurang kasih sayang seorang suami.

Didalam video tersebut beliau, membangkang komen netizen tersebut dengan mengatakan balu dan janda yang dimana kurang kasih sayang dan kurang duit, makan minum dan beli ikut kehendak juga payah, beliau menegaskan itu bukanlah beliau.

Beliau juga berkata di ruang kapsyen bahawa tidak berguna bercinta bersungguh-sungguh tetapi kosong. Nak pula jika dapat lelaki yang pemalas dan hanya tahu makan dan tidur sahaja dimana itu lagi paarah untuk wanita dapati.

Netizen juga menyokong dengan pendapat Dato’ Seri Vida dan ada juga netizen berkata bahagia itu boleh datang dari pelbagai cara. Ada juga yang tidk menyangka ada juga orang yang sanggup berkata begitu kepada Dato Seri Vida.

Sebagai seorang yang berpengaaruh dalam sosial media, tindakan Dato’ Seri Vida sangat bijak menegur orang yang memberi kecaman tersebut kerana jika berdiam diri kadang kala ia menunjukkan kita bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh netizen berkenaan.

Kita perlu tegakkan kebenaran dan beritahu bahawa apa yang netizen katakan tidak lah benar sama sekali.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!