“Macam ni lah kalau bapak mandikan anak eh” – Wawa Zainal

Sudah lumrah hidup dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan berbagi tugas sesama sendiri bagi memastikan kerja-kerja rumah dibuat lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai cahaya mata. Tetapi dengar katanya para suami dan ayah kini kebanyakannya meggunakan cara yang tidak dapat disangka-sangka terutama dalam penjagaan anak.Pasangan sejoli Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini sudah menempa nama dalam industri hiburan sejak mereka belum berkahwin lagi.

Memulakan langkah dalam bidang lakonan, kini mereka berdua lebih fokus dalam bidang perusahawanan yang telah menjadikan pasangan ini sebagai ikon usahawan berjaya dan menerima pelbagai anugerah.

Melalui perkongsian yang telah dibuat oleh Wawa Zainal di laman Instagram miliknya, dilihat Wawa sendiri amat terkejut dengan adegan yang telah dibuat oleh suaminya itu di rumah.

Mencari jalan mudah untuk memandikan anak bongsunya iaitu Aya Soffya yang baru berusia kira-kira satu tahun sentengah itu, Aeril hanya memasukkan Soffya kedalam singki yang penuh dengan sabun.

Bukan sahaja geram dengan perbuatan Aeril, Wawa juga sempat marah kepada suaminya itu apabila ternyata sabun yang digunakan oleh suaminya itu juga bukanlah sabun yang murah tetapi mahal harganya.

Terhibur dengan video tersebut, ramai peminat dan netizen yang telah mngalkan komen tentang perbuatan Aeril itu.

Ramai juga diantara mereka memuji Wawa yang masih mengekalkan loghat Sabahnya itu ketika bercakap walaupun sudah lama duduk di Semenanjung.

Musim-musim lockdown di rumah memang berbagai kerenah yang keluar akibat kebosanan melampau yang melanda diri masing-masing termasuk para artis.

Tetapi inilah masa berharga yang dapat diluangkan bersama keluarga tersayang di rumah.

Tetapi memang suka lihat keluarga Wawa dan Aeril ni. Sentiasa romantik dan bahagia je disamping anak-anak tersayang. Semoga keluarga milik pasangan ini kekal hingga ke anak cucu nanti.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!