“Humble nya Fasha, sangat down to earth” – Netizen

Bukan senang hendak berjumpa sahabat sejati, apatah lagi di kala susah atau pun senang. Kadang bila seseorang itu sudah berada di atas, kawan lama yang tidak sehaluan apatah lagi senasib hanya dipinggirkan. Begitupun tak semua macam tu. Ramai lagi dalam kalangan kita yang prihatin dan ikhlas berkawan, biarpun dirinya sudah tidak sama level dengan kita. Pendek kata dah di kelas kayangan.

Artis popular seperti Fasha Sandha antara yang membuktikannya. Biarpun namanya kini sedang di puncak, tak semudah itu dia melupakan sahabat-sahabat lamanya. Lihat saj4lah perkongsian Fasha di hantaran IG nya ini.

Dapat dilihat dalam foto, antara rakan-rakannya berbusana dan tampil rapi diri biasa-biasa sahaja. Akan tetapi, dari riak air mukanya kelihatan Fasha tak kekok mendekati, malah kelihatan rapat sungguh hubungan antara mereka.

Jangan katakan artis, dalam kalangan marhein ni pun, kalau pergi ke rumah biasa-biasa saja, jarang sangat nak ambil berat kongsikan momen. Cuba kalau ke rupa ‘orang ada-ada’ atau tinggal di kediaman mewah dan besar, laju saja nak kongsi di medsos.

“Alhamdulillah kita nak jumpa yg bernama sahabat tu payah. Kwn bila2 je kita blh jumpa.. Semoga berkekalan hingga akhir hayat”, “fasha cantik..baik hati…penuh dgn kasih syg…inspired betui”, “ thank you sahabatku syg..smpai jumpa lagi..kirim salam mama..teringat2 laksa power”. Itu antara komen netizen dan sa

Dalam pada itu, tak kurang netizen yang mengakui melihat Fasha sebagai seorang yang begitu merendah diri biarpun sekarang menjadi artis popular. Semoga Fasha tetap istiqomah dengan sikapnya yang disenangi ramai ini ya…

Melihat perkongsian di hantaran IG nya, Fasha dalam kapsyen mencoretkan bahawa dia tidak membuat rumah terbuka kerana tidak berkesempatan. Begitupun, Fasha menyatakan rindu kepada sahabat dan ahli keluarganya yang lain.

Dalam video perkongsian turut kelihatan ibunya, Hatijah Teh Man dan suaminya, pelakon, Aidil Aziz itu juga, Fasha menulis agar dapat bertemu sahabat dan keluarga lain nanti. Dalam masa sama, dia menyifatkan harta paling berharga adalah keluarga dan sahabat.

Menarik perkongsian Fasha kan… Dalam mendongak ke langit, jangan lupa rumput di bumi. Amat memberi inspirasi dan semoga lebih ramai juga mereka di luar sana tidak melupakan sahabat dan keluarga ketika sudah di puncak.

Fasha merupakan anak kedua daripada empat beradik. Ketika berusia 18 tahun pada 2002, dia mula melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, dia juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma.

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!