“Abis ko kerjakan laki ko, klu laki akak makan penamp0r” – Zarina Zainuddin

Memanfaatkan kemudahan media sosial yang ada pada masa kini, masing-masing dalam kalangan kita gemar ‘berkarya’ dengan berkongsi sesuatu di laman itu. Ia mendekatkan kita dengan insan-insan di sekeliling. Selain mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan, terdapat kelompok tertentu dapat mendekatkan diri dengan kumpulan mereka, malah golongan artis akan lebih rapat dengan peminat seperti dilakukan sebahagian besar dalam kalangan mereka kini.

Selebriti seperti Ain Edruce antara yang aktif di media sosial yang acap berkongsi aktiviti dan sebahagian kehidupan keluarga kecilnya dengan pengikut dan peminat. Pendek kata, tak sunyi daripada konten menarik dibuatnya.

Pastinya, selain dengan dirinya sendiri, ramai sudah semakin mengenali pasangan dan buah hati kecilnya yang seorang itu. Menariknya, selain Ain dalam masa sama netizen juga mahu ‘melihat’ lebih lagi tentang suaminya, Amirul Hafiz.

Masakan tidak, jika dilihat biasanya Ain yang akan lebih dominan ketika beraksi di layar maya. Begitupun, suaminya yang lazimnya wajahnya kelihatan bersahaja itu tetap menyokong dan menurut rentak si Ain.

Dalam masa sama, ramai netizen mengakui suka melihat pasangan ini, biarkan seorang ‘hiperaktif’ dan seorang lagi sebaliknya, namun masih serasi bersama. Apa pun ada juga usikan nakal netizen, mahu melihat aks

Lihat sah4lah perkongsian Ain ini yang mahu menurut kehendak netizen dengan mengajak Amirul beraksi dengan menari. Selain netizen, rakan artis juga memberikan respons terhadap perkongsian Ain hantaran Ain di Instagramnya itu.

“Abis ko kerjakan laki ko .. kakau laki akak makan penamporr” itu kata pelakon, Zarina Zainuddin dalam ruangan komen. Agak mencuit hati juga komen Zarina itu. Yalah… jika diikutkan bukan dia sahaja, gamaknya ramai lagi laki orang lain macam tu… Adeh…

“Soraya be like : pehal mummy daddy aku ni”, “Ain ni kannnnnnn”, “Soraya “macam mana aku nak cover daddy ni”, “Mirul nk serius pun x jd”, “Hahahaha mirul tepis tepis”. Itu antara komen netizen.

Bukan senang dapat laki sporting yang mahu menurut saja rentak bini. Apa pun dalam hantaran Ain itu menunjukkan Amirul masih selamba sahaja tanpa mengikut ajakan Ain. Bukan sekali dua dia begitu. Mahu menayangkan wajah di medsos isteri saja pun dah cukup sporting kan…

Okeylah kalau Amirul begitu, kalau dia pun ‘masuk air’ macam Ain, mahu pening anak kecil mereka, Soraya tu… Ada-ada saja Ain nak mengusik suaminya ya. Meskipun begitu, itulah yang membuatkan mereka nampak comel sekali… Ain bernikah dengan Amirul pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan Soraya pada 19 Mei 2021.

Sumber : IG Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!