“Terlopong mulut Bunga dengar Dadda di bercakap”-Netizen

Bagi mereka yang sudah mempunyai cucu, pasti kalau boleh setiap masa nak ada bersama cucu mereka yang tercinta. Kalau boleh taknak bagi mereka membesar, nak selamanya mereka di usia kanak-kanak, ingin melihat mereka bermain dan berlari-lari keriangan, lebih-lebih lagi cucu pertama mereka.

Bukan apa, kelak mereka sudah dewasa, masa untuk bersama adalah terhad, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung. Boleh jadi, hanya berjumpa ketika musim perayaan saja. Betul tak ? Korang rindu tak zaman tu ?

Begitu jugalah dengan apa yang dilakukan oleh Jinggo. Suka sangat dengan kehadiran cucu pertamanya iaitu Bunga. Korang mesti dah cukup kenal dengan si comel ni kan. Mana taknya, nanna dan parent nya seringkali memuat naik video Bunga ni, sebabtulah Bunga sudah dikenali ramai.

Baru-baru ini, Jinggo ada memuat naik video bersama cucu kesayangan nya tu, entah apa yang dikatakan oleh Jinggo sampai terlopong mulut Bunga tu. Entah faham ke tidak apa yang dadda nya cakap tu, comel betul perangai mereka berdua.

Dahulunya, nanna nya memuat video mendukung Bunga sambil nyanyi lagu “You are my Sunshine”. Kali ni dadda nya, tapi seperti sedang mengajar Bunga cara berwudhu. Nanti bolehla dada nya ajar tentang ilmu agama.

Siapa je tak sayangkan cucu kan, kasihnya seperti menyanyagi anak sendiri. Mana taknya, keturunan kita kot, bagai menatang minyak yang penuh. Cara mendidik cucu pun sama seperti mendidik anak sendiri. Betul tak ?

Antara komen netizen ialah “Tekedu bang cucu tu..apahal dada ni kan”, “Hebat kan penangan cucu ni..suka tgok tok siding, happy beno dpt cucu..tahniah tok siding” dan sebagainya. Haa betul-betul happy ye Jinggo.

Kalau kita suka kan kanak-kanak, kita pun akan melakukan perkara yang sama, dukung dan mengasihi mereka. Lepastu, mesti akan terlintas di fikiran, seronoknya jika mempunyai anak kecil seperti itu. Tapi, jika dilihat zaman sekarang, ada saja ke5 der4 kanak-kanak.

Seharusnya kes-kes sebegitu tidak sejawarnya berlaku dan harus dikenakan hukum4n setimpal kepada pesal4h. Hal ini kerana, kanak-kanak sebegitu tidak berdosa, malah tidak tahu apa-apa. Tanam lah sifat ihsan sesame manusia.

Sumber : Ig Jinggo_jspictures

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!