“Kalau pakaikan hat sopan kat Aisyah kan bagus, risau mata2 ped0 ni”- Netizen

Sebut sahaja nama Aaisyah Dhia Rana, pasti si cilik ini dikenali ramai dengan kecomelannya. Satu-satunya cahaya mata perempuan milik Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini sering tampil berfesyen sama seperti ibunya. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan, sudah pasti Aaisyah berkongsi minat yang sama seperti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan nama Che Ta.

Dari awal kelahiran Aaisyah sehinggalah kini, ramai peminatnya mengikuti perkembangan anak kecil ini malah lebih mengambil berat tentangnya.

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi fotonya bersama Aaisyah. Namun Aaisyah yang berpakaian seluar pendek dalam foto tersebut telah menerima teguran daripada netizen.

Netizen tersebut menegur Che Ta supaya mengubah pemakaian Aaisyah dengan lebih sopan memandangkan ramai anak kecil telah jadi mgsa ped0f1l1a di Malaysia.

Komen netizen itu telah disokong oleh ramai netizen lain dan rata-rata bersetuju dengan teguran sebegitu demi keselamatan kanak-kanak kecil seperti Aaisyah.

Sementara itu, netizen memenuhi ruangan komen memuji kecomelan Aaisyah dan ibunya memakai tema warna baju yang sama.

“Mak oii segaknya anak dara depa, saham melambung, anak dengan mummy colour sama baju, sedondon gituh”- Netizen

Dalam pada itu, foto Aaisyah bersama ibunya telah menerima 31,000 tanda suka dan ratusan komen daripada netizen.

Tema hijau baju Che Ta dengan anaknya. Dua dua sama cantik ye.. Mungkin lepas ni Che Ta boleh tukar pakaian Aaisyah yang lebih sopan macam netizen katakan..

Sumber: Instagram Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!