“Perkahwinan kami hari ini genap 15 tahun, terbina dari air mata” – Dato’ Fazley

Kehidupan di dunia memang takkan sunyi daripada onak dan ranjau duri sebelum dan semasa sedang melalui bahtera perkahwinan. Dahsyatnya cinta, lebih hebat diuji, semakin utuh pula ikatan antara dua insan itu. Itulah yang dibuktikan penyanyi yang juga chef selebriti popular, Datuk Dr Fazley Yaakob bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menyambut ulangtahun perkahwinan mereka semalam, Fazley masih ingat memori terpahat semasa menyulam cinta dengan Azrene berkongsi imbasan semula di medsosnya hingga ramai yang tersentuh dengan ‘strvggle’ nya usaha mereka mengukuhkan istana yang dibina.

Apa tidaknya, seperti kata Fazley, buat yang tahu.. mereka tahulah kisah mereka berdua. Buat yang dengar-dengar kisah mereka, mungkin banyak yang betul, coretnya.

Bukan lagi rahsia, beliau kembali mendedahkan akan kebenaran tentang percintaan mereka yang berusia 17 tahun dan perkahwinan yang semalam genap 15 tahun, terbina dari air mata mereka berdua, keluarga dan juga air mata ramai penyokong mereka.

Fazley di status postingnya video imbasan perkahwinannya mengucapkan penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak kerana telah mendoakannya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan mereka selama ini.

Rupanya merpati dua sejoli ini turut diuji walaupun berdepan dengan 13 kali keguguran kandungan Azrene, tetapi beliau bersyukur kehadrat Ilahi kerana tetap dikurniakan empat orang cahaya mata.

Dalam pada itu, tak kurang netizen yang memberikan komen bahawa telah maklum akan kisah sedih Fazley dan isterinya itu dari awal. Ramai yang berkongsi sabar itu sangatlah penting dalam rumahtangga.

Alhamdulillah ramai yang sedar bahawa dugaan Allah itu pasti digantikan dengan perkara yang lebih baik serta mendoakan perkahwinan mereka berdua bahagia hingga ke jannah bersama anak-anak mereka yang comel.

Terdahulu, pernah Fazley mendedahkan bahawa berkahwin dengan isterinya ketika beliau dalam keadaan sehelai sepinggang. Begitupun, Azrene disifatkan telah banyak berkorban dan tetap setia di sisinya.

Sorotan kisah mereka yang mengikat tali perkahwinan pada 2007 itu turut diikuti ramai dan dikatakan penuh kontr0versi apabila ibu Azrene ketika itu tidak merestuinya.

Untuk makluman, Fazley adalah anak Dato’ Yaacob Mohamad, mantan Setiausaha Kerja sebuah parti poliitik di era pemerintahan Tun M…sementara sementara Azrene adalah anak kedua Datin Seri R0smah bersama bekas suami, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas.

Sumber : Ig Dato’ Fazley Yaacob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!