“Rasa nak pergi drive thru jumpa abang nabil”- Netizen

Nama pelawak Nabil Ahmad tidak asing lagi dalam industri hiburan. Perwatakan Nabil yang sememangnya suka berjenaka dan ceria mampu menghiburkan ramai peminatnya. Jika kita lihat penampilan Nabil yang terkini, beliau antara salah seorang selebriti yang sudah berhijrah ke arah imej islamik selain daripada Zul Ariffin, Norman Hakim, Harris Alif dan lain-lain.

Siapa sangka, Nabil yang merupakan salah seorang selebriti popular sanggup turun padang bersama-sama melakukan tugasan mengambil pesanan makanan daripada pelanggan MCD sekaligus mempromosikan produk makanan segera itu.

Video Nabil mengambil ‘alih tugas’ sebagai pekerja MCD membuatkan ramai peminatnya teruja dengan sikap rendah diri Nabil yang suka melayan peminat-peminatnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan Nabil sedang mengambil pesanan Drive Thru pelanggan MCD di Putrajaya baru-baru ini.

Sementara itu, video tersebut yang dikongsi Nabil di laman Instagram telah mencapai 66,000 tanda suka dan menerima komen daripada rakan-rakan artis serta peminatnya. Malah komen selebriti Sherry Alhadad juga mencuri tumpuan ramai netizen.

Ramai netizen menulis komen menyatakan niat teringin untuk berjumpa selebriti kesayangan mereka itu.

Populariti Nabil sentiasa menjadi perhatian ramai apabila selebriti ini sentiasa melayan peminat-peminatnya. Maka tidak hairanlah Nabil masih popular dalam kalangan peminatnya.

Sumber: Instagram Nabilahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!