“Masa anniversary 10/8 tu kitaorg gduh, jd kita feeling2 lah sambut anniversary kat sini”- Datin Shahida

Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah satu tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Ketika itu, setiap pasangan berdepan dengan pelbagai konflik dan cabaran yang tidak diduga. Namun, dengan cara sebegitu juga kita boleh mengenali diri pasangan dengan lebih rapat lagi. Secara umumnya, perkahwinan bererti memenuhi tuntutan fitrah selain menunaikan tuntutan ibadah.

Bercerita tentang alam perkahwinan, usahawan kosmetik Datin Shahida dan suaminya, Datuk Aliff Syukri sentiasa berkongsi hubungan mesra mereka berdua menerusi laman sosial media. Malah pasangan romantik ini sering berganding bersama dalam mempromosikan produk jualan mereka.

Dan lebih romantik lagi apabila Shahida dan Aliff Syukri meluangkan masa berbulan madu di Pulau Langkawi bersempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Shahida memberitahu menerusi kapsyen pada posting Instagramnya, ulangtahun ke-14 perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada bulan lepas namun sebelum ini terpaksa ditangguh gara-gara perselisihan faham.

Sementara itu, video romantik yg dikongsi Shahida telah mencuri tumpuan ramai sehingga menerima tontonan sebanyak 438,000 tontonan.

Rata-rata netizen tersentuh hati melihat video yang dikongsi Shahida itu dan akui suka melihat hubungan suami isteri ini.

Komen Aliff Syukri juga menjadi perhatian ramai dan jelas kelihatan sisi romantik raja viral ini.

Semoga hubungan perkahwinan Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri kekal hingga syurga ye.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!