“Ni baru betul penyanyi, nyanyi live pun boleh tarik sebiji macam recording”- Netizen

Bakat seorang penyanyi sudah tentulah pandai bernyanyi dan memiliki suara yang merdu. Namun ada juga yang tidak pandai menyanyi. Menyanyi ni satu kemahiran yang bukan semua ada dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai bakat semulajadi. Tetapi, bakat bukanlah mutlak penentu kejayaan bagi seseorang. Ianya sekadar percikan sahaja. Ataupun, bakat ni sebenarnya sebagai dorongan.

Untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya, mereka perlu berani menempuh cabaran dan tonjolkan bakat sehabis mungkin dalam industri hiburan.

Jika kita lihat penyanyi legenda antaranya kumpulan Amy Search, Zamani, Ella dan tidak terkecuali Ziana Zain memiliki bakat menyanyi yang cukup luar biasa. Sememangnya mereka memiliki vokal yang cukup mantap.

Siapa yang mengikuti perkembangan karier pelakon dan penyanyi Ziana Zain, pasti anda sudah tahu bakatnya cukup mengagumkan. Lebih-lebih lagi apabila vokal nyanyian beliau memang bagus daripada zaman remajanya sehingga kini.

Meskipun Ziana sudah memasuki usia 50-an, beliau tetap maintain pandai ‘tarik’ suara apabila menyanyikan lagu popular Madah Berhelah ketika berada di salah sebuah restoran.

Sebuah video yang menunjukkan Ziana menyanyi secara live di hadapan pengunjung-pengunjung restoran tersebut telah dikongsi oleh instagram Sinar_my baru-baru ini.

Seperti yang kita sudah jangka, peminat Ziana sudah pasti terpukau dengan nyanyian beliau secara live. Bukan mudah ya nak dengar Ziana nyanyi live hehe..

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memuji suara Ziana yang masih mantap dari dahulu dan menyifatkan Ziana seorang yang merendah diri kerana sanggup belanja satu lagu buat pengunjung di restoran berkenaan.

Video itu juga telah ditonton oleh netizen sehingga 200,000 tontonan sejak dimuatnaik Selasa lalu.

Makin cantik tengok Ziana Zain sekarang. Suara pun masih power lagi, nyanyi live sama macam nyanyi recording je.

Sumber: Instagram sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!