“Terkurang kain salah, terlebih kain pun salah”- Netizen

Fesyen sememangnya penting dalam kalangan selebriti Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila ada acara karpet merah, pelbagai jenis fesyen pakaian yang dipakai oleh artis Malaysia menjadi tumpuan netizen. Antara fesyen pakaian ‘plik’ yang sentiasa menjadi perhatian ialah penyanyi Aina Abdul. Penyanyi bersuara merdu jni sering tampil dengan fesyen pakaian yang lain daripada yang lain terutamanya di setiap majlis anugerah berprestij.

Jika anda masih ingat lagi, Aina juga pernah menjadi bualan hangat netizen apabila mengenakan tema drah ketika membuat persembahan lagu Sumpah yang tercalon di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2020.

Malah baru-baru ini, Aina berkongsi video dirinya bersama sebuah set persalinan lengkap berwarna biru denim. Agak unik pakaian yang dipakai Aina itu.

Rata-rata netizen memuji Aina yang sentiasa cantik dengan pakaian yang unik. Serba labuh dan selesa tatkala melihat Aina memakainya.

Ada juga netizen akui, Aina antara selebriti yang tampil berani dengan pakaian yang pelik namun bukanlah pakaian yang menjolok mata. Sebaliknya pakaian yang masih menutup aurat dengan sempurna.

Dalam pada itu, video Aina telah menerima 171,000 tontonan di laman Instagram.

“Cantik sis, i nak cuba lah nampak gorgeous gituh, lawanya kak aina ni,pakai apa pun lawa”- Netizen

Berani ye Aina dengan pakaian unik dia.Paling best, baju pun maintain longgar dan tak ketat pun. Good job Aina.

Sumber: Instagram Ainaabdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!