“Penat lah mengandung beranak last2 semua macam Aeril”- Wawa Zainal

Setiap wanita yang bergelar ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malah seorang ibu juga ada kalanya teringin sangat anak lebih menyerupai wajah mereka berbanding si ayah. Tipu lah kalau si ibu tidak mahu anaknya ikut wajah mereka… Pasti ramai wanita di luar sana mahu anak lebih mirip wajah dengan si ibu yang susah payah sudah melahirkannya.

Namun tidak dinafikan, ramai juga lebih mirip wajah si bapa. Begitulah kuasa sang pencipta Allah SWT.

Bagi pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, anak-anak mereka antara yang menjadi tumpuan ramai netizen di laman sosial media. Sememangnya tiga orang dari empat cahaya mata pasangan selebriti popular ini kebanyakkannya lebih mirip dengan wajah bapa mereka. Manakala Ayya Soffya lebih mirip ibunya.

Dan baru-baru ini, Wawa telah memuatnaik video anak bongsunya iaitu Jibril yang baru beberapa hari dilahirkan.

Siapa sangka, Jibril lebih mirip muka Aeril selepas Wawa berkongsi video anaknya itu. Kapsyen yang ditulis wawa juga nampaknya ‘tidak puas hati’ apabila wajah anak bongsunya sama seperti Aeril.

Malah ramai netizen turut akui, wajah Jibril mirip Aeril. Betul-betul sebijik Aeril, copy paste betul hehe.

Video yang dimuatnaik Wawa telah menerima tontonan sehingga hampir 500,00 tontonan. Popular sungguh Jibril ye.

Kesian Wawa, nampaknya kaalah lagi.. Team mirip muka Aeril makin ramai hehe.. Takpe Wawa, boleh cuba lagi.

Sumber: Instagram Wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!